yang gitu2 aja

Thursday, November 8, 2012

Sepi Tanpa Khabar

Assalammualaikum

Fuhhh...lama nya tak menghapdet blog "cokia" ni ha..masa tidak mengizinkan untuk megadap komputer sepanjang masa.
Dengan tak sihat nya sekarang, selsema , batuk pening kepala, semua la ada.Apapun insyaALLAH saya akan kembali mula mengaktifkan menulis cerita2 yang tak sehebat korang..InsyaALLAH ya..tak janji..hehehe..

Ok la..sambung kerja..kerja..kerja..

As salam ;)

Friday, July 20, 2012

~Selamat Berpuasa~

Assalammualaikum

Selamat berpuasa semua, di kesempatan ini saya menyusun sepuluh jari memohon salah dan silap selama kita bersua, tak kira di alam maya ini atau secara langsung.

Saya juga ingin mengucapkan selamat berpuasa semua..puasa jangan tak puasa..hehehe


Marhaban Ya Ramadhan...
Selamat Berpuasa Semua.

As salam

Wednesday, July 11, 2012

~Seronok nya main2~

Assalammualaikum

Lamanya tak bersua suara.hehe,..nak bagitau ni...Setiap hari rabu, ini la rutin mingguan saya, seminggu sekali pasti saya akan menghabiskan masa selama 2jam bermain badminton.Nak jogging hari2 payah kan, so ini paling mudah saya rasa, walaupun seminggu sekali kira ok la juga, berhempas pulas mengeluarkan keringat yang masin.

hahaha..ok la...tak mahu bebel panjang2..


Ni gambar rakan2 yang berjuang habis2an setiap hari Rabu, saya curik2 amik gambar mereka..hahaha

~ayongsue~

Monday, July 9, 2012

~Monday Pink~

Assalammualaikum

Selamat Pagi Malaysia & selamat Hari Isnin..Biasa orang panggil Monday Blues jer kan, saya nak Monday Pink hari ni..hehe..

Saya dah mula sibuk dengan membuat biskut raya, tempahan dari orang ramai, walaupun puasa belum bermula, tapi keje bakeri saya telah bermula.Tempahan biskut banyak, jadi kalau saya lewat mulakan takut nanti tak sempat mereka nak amik seminggu sebelum raya.Sekarang masa berlalu begitu pantas, dan kita harus bijak menguruskan masa yang kita ada.Ok la, nak mula kerja sudah ni, kita borak di lain pertemuan ya.

~ayongsue~

Monday, July 2, 2012

Aku Cinta KAU

Assalammualaikum

Satu satu nya orang yang layak dalam kehidupan kita adalah orang yang dapat membantu semasa sukar nya kehidupan kita , dan ketawa bersama kita bila kesuakran itu telah berakhir.(Tapi kalau zaman sekarang agak2nya ada tak lagi sahabat/saudara yang macam ini)


~ayongsue~

Wednesday, June 27, 2012

~Merenung~

Assalammualaikum


Gambar menyatakan segalanya...Merenung jauh memikirkan masa hadapan.
(Sungai Lembing Hill~Pahang~)


~ayongsue~

~Tiada Yang Sempurna~

Assalammualaikum

Jangan Membenci saya, kerana saya adalah lebih baik dari anda, Sebalik nya , benci la diri anda kerana anda tidak sebaik saya..


hahahaha...betul ker? apa yang saya tulis tu.. =)

~ayongsue~

Friday, June 22, 2012

~ Iri Hati Ker ~

Assalammualaikum

Jangan mengganggu hubungan orang lain, hanya kerana anda tidak dapat memiliki sesuatu seperti pasangan itu.


Ayat tak ada kene mengena dengan tajuk =)

~ayongsue~

Thursday, June 21, 2012

~ Doa Untuk Ibu ~

Assalammualaikum

Dengan Nama ALLAH yang maha pemurah, lagi maha mengasihani.

Ya ALLAH ya Tuhanku, rendahkan lah suaraku, perindah kan lah ucapanku dan lembutkan hatiku untuk ibuku.

Berilah dia balasan sebaik baik nya atas didikan nya padaku..Peliharakan lah dia sebagaimana dia memeliharaku.

Ya ALLAH ya Tuhanku...
Ampunilah dosa-dosanya dan kasihanilah dirinya, sebagaimana  dia mengasihaniku sejak kecil, Panjangkan usia nya, murahkan rezekinya dan berikan lah keberkatan dunia dan akhirat dalam hidup kami sekeluarga...

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung dan Engkaulah yang maha Pengasih di antara semua pengasih..


AMIN...

~Cantik~

Assalammualaikum

Cantik Itu DatangNya Dari HATI







~ayongsue~

Wednesday, June 20, 2012

Lama tak Menulis

Assalammualaikum

Berusaha & bekerja Keras serta berbuat baik kepada setiap orang






~ayongsue~

Wednesday, May 23, 2012

Info : Ikut Sunnah Nabi Potong Kuku

Assalammualaikum

Lama tak bersua, "maafkan saya"saya bukan bloger tegar, cuma kekadang ada masa, dan ada benda ingin di kongsikan baru la saya menjejakan kaki ke sini..hehe. Jadi hari ni saya terpanggil untuk kongsikan sesuatu yang saya rasa menarik. Jom...


Mana la tau kan, sebelum ni kita main hentam jer potong kuku, asalkan potong, ada yang tak potong pun ada, kalau potong nanti kontot kuku tu tak cantik pulak kan.Jadi marilah kita amalkan mana yang baik ni.Ikut sunnah nabi kita.InsyaALLAH.

Ok la, mahu sambung kerja, jumpa lagi di lain N3.
As salam .Terima kasih sudi baca =)

Tuesday, May 15, 2012

Perempuan & Lelaki kene tahu ini..

Assalammualaikum

Lama nya tak bersua cerita kan??Kekurangan masa, dan kepenatan menyebab kan idea sangat kekurangan dan malas sangat menjadi jadi.
Ada cerita yang best2 juga, tapi masa amat terhad untuk saya menaip, sedangkan keje lain banyak lagi nak di taip kat opis ni (oiii puan sue, nak kerja ker, nak berblog jer)heeeee...sorry.
Kali ini terpanggil untuk saya kongsikan artikel yang saya jumpa di Facebook.


Seharus nya , kedua dua pihak kene saling faham memahami.Dan peringatan ini adalah untuk diri saya juga. =)

As salam
Terima kasih sudi membaca.


Thursday, May 10, 2012

Letih nya =(

Assalammualaikum

Selamat pagi semua =)
Sihat tak?saya ni sihat tapi penat dan kekurangan tidur, mana tak nya, keje pagi malam baru jumpa rumah semula, kemudian malam pula menyiapkan tempahan coklat dan cupcake dari pelanggan saya, mana tak nya tak cukup tidur kalau setiap hari jam 3pagi baru dapat rehatkan badan, badan memang dah letih lesu sangat, nak amik cuti tapi still tak boleh lagi, jadi saya kene tabahkan diri sendiri untuk beberapa waktu lagi. chilll la kan.

Ok la ,nak mula keje sudah..kalau bebel panjang pun tak ada nya orang nak baca blog engkau makcik, budget retis jer kan..hahaha..ok la, xnak melalut dah..makin lama makin pening(macam makan lalat semangkuk + dengan susu)erkkk..

p/s : Saya dah agak lali ya, bila orang mengutuk ngutuk, mengata belakang, talam bermuka, tapi tak cantik & sedap macam kuih talam pun,kalau dulu, memang boleh di katakan memang saya tak boleh kawal emosi, akan tanya terus orang tu semula,tapi sekarang kan, saya ambil tu semua sebagai cabaran & semangat buat saya untuk terus berjaya.Sebab saya tau tak kan ada orang puas hati dengan setiap apa yang kita miliki, jadi, terima kasih ya sebab mematangkan diri saya, dan mengingat kan saya agar lebih yakin pada diri sendiri & berusaha. =)

Monday, May 7, 2012

Terima Kasih =)

Assalammualaikum

p/s : Saya dah agak lali ya, bila orang mengutuk ngutuk, mengata belakang, talam bermuka, tapi tak cantik & sedap macam kuih talam pun,kalau dulu, memang boleh di katakan memang saya tak boleh kawal emosi, akan tanya terus orang tu semula,tapi sekarang kan, saya ambil tu semua sebagai cabaran & semangat buat saya untuk terus berjaya.Sebab saya tau tak kan ada orang puas hati dengan setiap apa yang kita miliki, jadi, terima kasih ya sebab mematangkan diri saya, dan mengingat kan saya agar lebih yakin pada diri sendiri & berusaha. =)

Friday, May 4, 2012

Pening Kepala Den

Assalammualaikum

Apa khabar semua, hari Jumaat hari, penghulu segala hari, bersyukur kita masih bernafas.Lama saya tak ada update apa apa kat blog ni, banyak benda juga saya buat kebelakangan ini, cuma waktu tak berapa nak mengizinkan saya mencorat coret kan cerita saya yang kurang di sukai ramai orang..kikiki..apa pun ini diari kehidupan saya, ada sesetengah sahaja yang kita boleh kongsikan,mudah mudahan kehidupan kita di berkati.Ok la, jumpa lagi di lain cerita.

Daa...As salam

Friday, April 20, 2012

Aku pun nak buat la ...UNTUNG

Assalammualaikum

Salam Jumaat, hari yang indah pagi ni, cuaca pun indah, sesaja makcik merajinkan jejari yang kembang ni untuk menaip, (sambil makan hotdog),tak tahu kenapa nak menaip, apa tujuan, walaupun sekarang ni kekurangan idea, tapi rasa macam nak menaip atau nak meluahkan sesuatu agak nya.Tapi nak luah kan apa ya.

Makcik nak tanya la pendapat korang semua pada pekerja2 yang kaki bodek ni, apa kata korang ya.Kadang2 kan makcik memang tak paham apa yang berlaku di sekeliling kita ni.Macam situasi di tempat keje ya, katakan la, makcik ni marah sangat dengan boss makcik yang kaki mengarah ni, perghhh...belakang dia punya la makcik ni cakap bukan, Bo**h la..apa la..bengap la , semua keje aku kene buat la, yang ko tu boss duk melepak jer yang kau tau pandai mengarah jer..Blaa...blaaa..blaa..(versi marah tak ingat ya).

Tapi.....

Bila boss ada depan mata, Ya ampun..pijak semut, (semut tak mati,tp jadi kingkong), ok boss...ya ..ya..ok boss..saya buat boss... boss jangan risau boss...pasti beres punya boss, masa tu tak ada pun rasa nak tempelak balik kat boss tu, malahan kalau boleh nak cabut nyawa dia bagi kat boss dia tu (biar umur boss dia panjang)ini la dia yang di katakan bodek, kalau boleh nak ambilkan makanan buat boss nya, masukkan ke dalam pinggan boss nya, angkat kan beg nya, belikan makanan buat boss nya, walaupun dalam kocek tinggal RM 5 jer. Hmm..perlu ker? Tapi ada untung nya kaki bodek ni berbanding dengan yang jenis (ala biar jer la dia nak bodek), mana tak untung nya, yang kaki bodek ni gaji boleh naik beratus ratus bila setiap kali ada kenaikan gaji, mana yang tak bodek ni naik la RM 80 jer setahun, tu pun dah kira banyak.

Apapun sebenar nya, terpulang pada diri sendiri nak pilih cara yang macam mana, tepuk dada tanya la hati.Rezeki yang dicari biarlah dari hasil yang bersih, ikhlas bekerja, (bukan datang keje tunjuk muka jer, gelagat mengalahkan boss, keje pun malas sambil lewa), hasil yang halal, tidak menipu, terutama bagi yang ada anak isteri/ suami.Semua tu jadi darah daging. Saya tak kata rezeki tu tak halal, rezeki tu ALLAH yang tentukan, cuma cara kita mendapatkan rezeki tu, berkat atau tidak .Renung2kan la.

p/s : ikhlas kerana ALLAH s.w.t.

Thursday, April 19, 2012

Aku Punya Pasal la

Assalammualaikum

Tajuk tu tak ada kene mengena dengan sesiapa ya.kikiki..sebenar nya makcik lambat masuk keje hari ni, sebab nya, kereta makcik tu buat hal.,boleh pulak tayar dia bocor, pagi2 buta mana la ada bengkel yang buka, nak tak nak kene la tunggu sampai jam 9am.Nasib baik ada yang buka awal, so makcik sampai kat opis dalam kul 10am..hehehe...tak apa, makcik jarang masuk lambat opis, selalu awal jer, hari ni jer, so makcik punya pasal la makcik nak masuk pukul berapa pun..hehehe...tak ada la gurau jer..ok la, makcik nak sambung buat keje dulu la.

Daaaa...as salam =)

Thursday, April 12, 2012

Riadah : Aku Puas Menjelajahi Mu ~ Broga

Assalammualaikum


Hehehe....kali ni makcik rajin pulak nak mengupdate blog ni, memandangkan hari ni makcik MC, tak pergi keje, sebab demam & selsema, malam ni boleh la makcik mengupdate sikit cerita.Cuti hari rabu hari tu sempena Pertabalan agung yang baru, makcik telah berjaya menakluki Broga Hill. Makcik ni pantang kalau ada dengar kawan2 nak buat outdoor punya aktiviti, mesti nak join punya, terus jadi jeles(main2 jer).Kali ni rakan sepejabat buat aktiviti mendaki Broga. Apalagi terus on jer, memandangkan Broga Hill ni pulak dekat jer ngan umah makcik. Perjalanan bermula dari jam 5.00 pagi, dan mengambil masa lebih kurang 30~45minit dari rumah makcik.Untuk pengetahuan tempat starting point untuk mendaki Broga ni adalah dalam kawasan kelapa sawit, dan kene bayar parking sebanyak RM 2.Tapi kami parking kat kawasan luar jer, memandangkan pada hari Rabu tu terlalu la ramai nya orang yang nak mendaki juga, dan kami terpaksa park kete jauh dari kaki bukit.Disebabkan broga hill ni dah jadi agak popular sekarang, ramai jugak pendaki-pendaki lain yang turut  mendaki sekali. Dan kadang-kadang, berlaku trafik jem di tengah-tengah perjalanan disebabkan sesak sangat dengan manusia. 


Setelah berbagai rintangan di lalui (banyak la sangat rintangan) akhirnya kami sampai ke puncak pertama dalam lebih kurang 40 minit macam tu, sebab terlalu ramai kan, jadi banyak kesesakan yang berlaku. Ada lebih kurang 4 puncak, dan jarak antara puncak ke puncak tak ada terlalu jauh sangat. Untuk pengetahuan Broga memang best untuk di daki , dan pastinya makcik akan datang lagi untuk menawan keindahan nya lagi sekali.Mana yang belum pernah cuba boleh la cuba mendaki Broga Hill ni, yang terletak nya di semenyih. Ketinggian Broga ni pula adalah 400 meter , lebih kurang dalam 1200 kaki dari aras laut.



Perhatikan la betapa ramai nya orang, macam nak tengok konset Justin Bibir pulak.


Sungguh indah ciptaan NYA.


p/s : sila pakai kasut yang boleh grip dengan kuat, sebab bila hujan bukit licin dan boleh mengundang maut.

Terima kasih sudi baca.As salam

Tuesday, April 10, 2012

Riadah : Keghairahan Menakluki Mu

Assalammualaikum

Fuh..fuh..fuh...acom..haishh, gila berhabuk blog ni, mana tak nya, berapa lama la dah tak update..(sambil kesat hingus dengan tisu, akibat habuk tebal).Almaklum la kesibukan yang melampaui kemampuan diri menyebabkan blog ini usang di makan usia, dan kalau update pun bukan ada orang baca pun...*wink3*.

Ok la, kalau panjang lebar pun tulis, korang pasti meluat sampai muntah hijau nak baca entri makcik ni kan, jadi jom la , layan cerita makcik, sepatut nya makcik letak cerita ni last week lagi, tapi sorry la, tak ada masa la.Dan cerita ni memang dah basi pun, macam susu masam dah.Tapi tak apa la, blog makcik, suka hati makcik la nak letak cerita basi macam mana pun.

Tajuk tu macam lucah sikit, tapi memang betul pun, Ahad lepas makcik berjaya menakluki ....menakluki..menakluki..haihhh...jom jer la layan.


Hahahaha...ini la dia pengakhiran nya..Kami berjaya menakluki Panorama Hill yang terletak di Sungai Lembing Pahang.Ketinggian Panorama Hill ini, adalah lebih kurang 1200 kaki dari paras laut. Walaupun makcik lah, orang yang akhir sekali sampai, almaklum la dah tua, lutut sakit, tapi makcik tetap bangga, makcik berjaya menakluki nya...ohhhhh...asom nya.penat pun penat la, sapa kata orang gemuk tak boleh panjat bukit ya.Buktinya dah ada ok, makcik la orang nya..hahaha... Jom layan pic yang lain pula la. =) (gambar makcik yang belah kanan, yang gemuk tu pakai tudung hitam ya, yang comey kat sebelah tu moon nama diberi..ahakss)


Sebelah kiri makcik dengan heroin kita, yang berjaya menaikan semangat makcik untuk terus menakluki Panorama Hill ni, haihhh (susah nya jadi orang gemuk ni). Sebelah kanan tu pula, isteri kepada rakan sekerja makcik, suami dio satu opis ngan makcik.


Pemandangan dari gelap, cerah sikit , sampai lah ada nampak matahari keluar, kredit picture to moon, sebab dia yang capture semua gambar ni.Kitaorang mula mendaki jam 5.00 pagi masa tu.


Mereka semua adalah rakan sekerja makcik..Kami sempat pergi mandi air terjun bagai, cycling lagi,dan macam macam lagi la, memang sesuatu aktiviti yang amat menyeronokkan , walaupun badan ni penat sesangat, tapi yang paling penting makcik enjoy...


Suasana kat tempat kami menginap...Memang best..Cuma kami tak dapat nak menikmati ikan bakar jer..huuuhuhuhu...kesian kat budak kecik tu. Next time makcik pasti akan sampai ke sini lagi.Ok la semua.
Sampai sini saja la dulu ya..Pas ni tak tau bila pulak cerita baru makcik nak upload.

Daaaaaa...As salam
Terima kasih sudi baca.

Thursday, March 29, 2012

Info : Antara LOGO HALAL Antarabangsa yang diiktiraf JAKIM/JAIN

Assalammualaikum

Selamat pagi semua, apa khabar, mudah mudahan hari kita pada hari ini lebih baik dari hari sebelum nya.Hari ni nak kongsi perkara paling penting dalam kehidupan kita seharian. Di bawah ini ada satu keratan yang menunjukkan antara "LOGO HALAL ANTARABANGSA" yang diiktiraf JAKIM/JAIN.Jom kita lihat bersama, agar mudah dan kita tidak berasa ragu2 untuk menikmati hidangan yang kita inginkan. Mencari yang HALAL ada lah wajib.


p/s : Jangan terlepas pandang

Wednesday, March 28, 2012

Info : Kosmetik Lemak ?? (Renungkan Bersama)

Assalammualaikum

Pagi ini terjumpa artikel ni, tergerak hati untuk di kongsikan pada sesiapa yang ada terbuka blog saya ni.Jom la kita lihat apa kah ia ..




► Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan


Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:
. Kintop
. Body Beaus
. BMI-9 Xylimming Capsule
. Senna Plus Capsule


Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:
. Lami


Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:
. Obexlim
. Slimax Coffee
. Beaute Fit Body Contour
. Body Trimz


Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:
. 357 Nasal Spray


Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:
. Makjun Taufiq Dua Istimewa
. Majun Dua Istimewa
. Ginseng Jin Fui Wan
. Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga
. Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)
. Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule
. Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill
. Makjun Syafiq 3 Istimewa
. Reepo


Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:
. Air Ikan Haruan


Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:
. Eriesya Spa Beauty Cream
. Atika Beauty Renewal Cream
. Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
. Ratna Sari Whitening Night Cream
. Tia Amelia Krim Jeragat
. Chantique Whitening Night Cream
. RZAC White Pearl Cream
. Nuriz Day and Night Cream
. Elite Rias Er Cream
. R&Z Whitening Night Cream
. Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream
. Pigmentation Recovery Complex
. Zara Rejuvenation Cream
. Natasya Krim Herba Gold
. De Putih Night Cream


Produk tradisional berdaftar ada antihistamine
. Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill


Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine
. Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan
. Qian Tong Dan
. Raja Ubat Resdung
. Coral Plus UA 350MG


Sumber : Berita Harian Online.


Cakap2 :

Assalammualaikum


Untuk renungan kita bersama , ketika kita masih bernafas kala ini.


Ketika di AWAL & AKHIR usia kita.
1- Ketika kamu dilahirkan, kamu diazan tanpa Solat,
Ketika kamu meninggal, kamu disolatkan tanpa azan.

2- Ketika kamu dilahirkan kamu tidak mengetahui siapa yang mengeluarkan kamu,
Ketika kamu mati kamu tidak tahu siapa yang akan mengusung kamu.

3- Ketika kamu dilahirkan, kamu dibersih dan dimandikan,
Ketika kamu mati, kamu dimandikan dan dibersihkan serta disolatkan.

4- Ketika kamu dilahirkan, kedua ibu bapa dan keluarga kamu bergembira,
Ketika kamu mati, kedua ibu bapa dan keluarga kamu menangis ke atas kamu.

5- Adam dan keturunannya dijadikann daripada tanah,
Maha Suci Allah yang menjadikan kamu telah memasukkan kamu kedalam setelah mati

6-Ketika dalam perut ibu, kamu berada dalam kegelapan dan kesempitan,
Ketika kamu mati , kamu juga berada dalam kegelapan dan kesempitan.

7-Ketika kamu dilahirkan, kamu dibaluti kain supaya melindungi tubuhmu,
Ketika kamu mati, kamu juga dibaluti dengan kain untuk melindungi tubuhmu.

8-Ketika kamu dilahirkan dan setelah dewasa, kamu diperhati dan melakukan kemahiran,
Ketika kamu mati, Kamu tidak akan ditanya melainkan amalan soleh… Apakah bekalan kamu yang telah kamu sediakan…..?

"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali 
(1) orang-orang yang beriman, 

(2) dan yang beramal soleh 
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran 

(4) dan yang berpesan2 pada kesabaran". 
~Surah Al-'Asr.



Sumber : FB

Monday, March 26, 2012

Lagu2 : Opick - Buka Mata Buka Hati

Lagu2 : Dengan Mu Aku Hidup - Opick.



Denganmu aku hidup
Denganmu aku mati
Hanyalah padamu
hanyalah untukmu
Hidupkan dijalani

Padamu ku berserah
Padamu ku berpasrah
Hanyalah padamu
Hanyalah untukmu
Hidup kan dijalani

Engkau Allah yang Maha Mendengar
Engkau Allah yang Maha Penyayang
Engkau yang mengampuni
Engkau yang memaafkan
Engkau Allah

Allahurrahman Allahurrahim
Allahul malikul kuddusussalam
Allahul mukmin allahul muhaymin
Allahul azzizul jabbarrul muttaqabbir 



Lagu2 Opick yang best dan menginsafkan.

Lagu2 : Opick ~ PadaMU ku bersujud with lirik



Lagu2 Opick yang best dan menginsafkan.

Lagu2 : Opick Tiada Duka Yang Abadi (lirik)



Lagu2 Opick yang best2 dan menginsafkan.

Thursday, March 22, 2012

Cakap2:7 'C' Sebab SUAMI BENCI ISTERI (dari Dr Fadzilah Kamsah )

Assalammualaikum


Selamat hari Khamis, lagi sehari nak menghabiskan kerja minggu ni, tak sabar nak tunggu esok, sebab sabtu dah cuti... Borak2 pagi ni mari kita kongsi beberapa tips dari Dr Fadzilah Kamsah kita ya.


Perkara perkara yang menyebabkan Suami Kita Benci Pada Isteri nya sendiri :
Peringatan ini bagi diri saya yang dah berumah tangga dan bagi yang ingin mendirikan rumah tangga.Bersama kita mengharungi peperangan ini dengan jaya nya ..


C1. CABAR



Isteri ni kalau bergaduh dengan suami mulalah kata


"Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]!"


Dr Fadillah kata JANGAN CABAR SUAMI ... nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata ...


C2. CABUL



Perbuatan dan kata2 isteri yang tidak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yang tidak baik pada mertua ...


C3. CELUPAR



Celupar ni suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yang kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap ...


C4. COMOT



Isteri bila nak keluar rumah saja barulah nak comel berhias tapi kat rumah comot.


Suami pula di opis dok nampak yang comel2 aje ...


Ada isteri kata - mekap untuk suami, .... tapi kat rumah tak mekap pun ...


C5. CEMBURU



Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan ... sikit2 dok telefon suami kat opis.


Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yang bukan2 ...


C6. CEREWET



Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat


C7. CINCAI



Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai ...Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak ...anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi ...


7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya ...


Berpelajaran tinggi hingga ke PhD pun...belum tentu tinggi akhlaknya.


Tapi kita ni insan yg mudah lupa dan lalai ... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami dan keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu.


Oleh itu ..tepuk dada..tanya la diri kita macam mana..

Tuesday, March 20, 2012

penat.....

Assalammualaikum


apa khabar kawan semua...heheh..hari ini kan rasa macam nak jer walaupun sekarang berada di opis ni,Kemalasan yang melanda, menyebabkan semua keje terbengkalai, pas tu rakan sekeja pula hari ini last day keje kat opis ni, jadi lagi la saya rasa macam nak jer, bukan menangis sebab sedih dia nak berhenti, tapi sebab sedih memikirkan keje yang bakal saya terima... ok la..sebelum melalut lagi panjang, baik saya pergi sambung keje saya dulu...

terima kasih sudi baca..singah lagi ya..

Thursday, March 15, 2012

Cakap2 : Tanda 'DIA' Cuma Kawan Baik.

Assalammualaikum

Berkawan sudah lama @ bercintakah kita dengan nya, ada kala kita sendiri tak pasti dengan perasaan kita, Cinta kah, sayang kah, rindu kah,jadi mari kita lihat, siapa sebenar nya pasangan kita tu pada kita. Mungkin pasangan kita tu layak di anggap sebagai adik sahaja, atau sahabat @ dia adalah suami orang.

Mari kita lihat tanda tanda yang si dia adalah sekadar kawan baik @ BFF sahaja.


  • Dia boleh ketawa besar sehingga berguling guling sewaktu kita menceritakan perkara diri mahu digoda oleh teman baik nya.
  • Apabila bertentang mata , kita terasa getaran cinta atau dada yang berdebar debar.. dupdapdupdap.
  • Di saat bercuti kita tidak teringat langsung pada dia.
  • Setiap kali ingin bertemu, tidak pernah memikirkan soal pakaian, solekan, tudung @ sebagai nya.
  • Kalau nak bayar parking, selalu minta kita tolong bayarkan , atas alasan ...'tak ada duit tukar la@duit kecil'.
  • Kalau menonton filem lucu pula @ mendengar dia bercerita yang lawak, kita ni pulak tak segan ketawa terbahak bahak, sampai meleleh air mata, sebab kita rasa, kita adalah kita, walaupun baru jer kenal mamat tu, so itu tandanya, dia adalah sebagai kawan sahaja.
  • Si dia tu tak ada rasa malu, meminta kita membayarkan makan malam nya menggunakan duit kita.Setiap kali berhubungan , dia akan 'missed call' jer.Alasan nya, kredit dia tak ada.
  • Semasa kita menceritakan pengalaman putus cinta, dia mendengar bersungguh sungguh, tanpa menunjukkan sebarang emosi pada wajah.
  • Dia juga tiada memberi isyarat tentang perhubungan yang terjalin.
  • Dia tidak berminat untuk mengetahui selanjut nya tentang peribadi anda, keluarga anda, ibu bapa anda, atau tiada langsung teringin berjumpa ke dua ibu bapa anda.
  • Dan setiap kali bertemu rakan2 dia, boleh pulak dia kenal kan kita sebagai "INI KAWAN SAYA".
ok tamat....
kawan pun kawan la...

Monday, March 12, 2012

Tips : Petua Lama2

Assalammualaikum

Hai bersiaran kita kembali ya, lama sih tak hapdate blog ni....fuh...fuh..tiup habuk jap.Achummm...terus terbersin.Apakata pagi isnin yang bluesss ni, mari kita kongsi beberapa petua..ok??senang jer, tak perlu nak keluarkan belanja yang besar, memandangkan dekat rumah kita memang ada bahan bahan yang sangat berguna untuk proses pembaik pulihan kesihatan harian bagi diri kita.Apa kata kita tengok bahan yang pertama yang ada di rumah kita.Jommm...

Bunga Cengkih ~ Hilangkan Sakit Gigi

Bunga cengkih..Ehsan pakcik goo

Kebiasaan kita menggunakan bunga cengkih ni dalam masakan sahaja, tapi sebenar nya bunga cengkih ni banyak khasiat nya,jom kita lihat..

* Bunga cengkih di gunakan bagi menghilang kan sakit gigi,sakit gigi secara tiba tiba?Pertama sekali ambil sedikit bunga cengkih , kemudian kisarkan sehingga hancur.Dah hancur tu letakkan pada bahagian gigi yang sakit atau berlubang tu ya, Kesan nya akan terasa dalam beberapa minit sahaja.

Limau Nipis ~ Mencantikkan Kuku

Limau Nipis - Gambar dari uncle Goo

* Limau nipis ni biasa nya kita gunakan untuk minuman, selain fungsi untuk menguruskan badan..orang kata la kan, limau nipis boleh juga di gunakan untuk mencantikkan kuku kita. Mudah jer, hiriskan limau nipis ni, gosokkan pada kuku, lakukan selang dua minggu, nanti kita akan nampak hasil nya, kuku bukan sahaja bersinar, malah kelihatan sihat dan kemerahan.Cuba lah.


Serbuk Teh @ hampas teh ~ Melembutkan Kulit Muka

Serbuk Teh ~ Gambar dari pakcik goo


* Habis madu , sepah diterajang, begitu la lazim nya.Tapi lain pula dengan serbuk teh ni, habis & tawa rasa nya, hampeh nya tu boleh la di gunakan untuk mendapatkan kulit wajah yang lembut.
Sonang jo cara nya, hampeh nya tu sapukan ke seluruh wajah, lalu di biarkan untuk beberapa ketika (antara 5 ~ 10 minit) kemudian di bilas la muka tu dengan air suam.Lakukan dengan kerajinan anda, sebab kalau buat sekali jer, memang tak ada la perubahan pun.

p/s : 3 petua jer la saya kongsi hari ni, nak siap kan ni pun dari pagi sampai petang baru siap, 1 entry.Macam la kalau buat 10 entry satu hari ada orang nak baca blog ko kan.Perasan kan jer la diri ini.



Friday, March 9, 2012

Agama : Kelebihan Ayatul Kursi

Assalammualaikum


Salam pagi Jumaat, moga hidup kita hari ini berjalan dengan lancar dan di berkati ALLAH s.w.t.Jom kita kongsi kelebihan ayat kursi yang sering kita baca.


Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam
dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.



 Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis- hadis:
 
 1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
 2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

 3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.


 4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

 5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.


 6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.


 7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.  Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
 
 "Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu" Subhanallah. 

Tuesday, February 28, 2012

Agama : 30 Larangan Untuk Kaum Hawa

Assalammualaikum

Buat tatapan kita kaum Hawa, semoga ada yang melekat di hati kita, untuk kita renungkan bersama.InsyaALLAH hendak nya.

30 Larangan bagi Wanita 

1. Menyambung rambut palsu
2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi
3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi
4. Memperlihatkan perhiasan didepan lelaki lain
5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama
6. Membuka rahsia hubungan suami isteri
7. Berpuasa sunat tanpa izin suami
8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami
9. Derhaka kepada suami
10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas
11. Mengingkari kebaikan suami
12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram
13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya
14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram
15. Menyerupai lelaki
16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami
17. Memandang aurat wanita lain
18. Keluar rumah tanpa ada keperluan
19. Masuk permandian awam
20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah
21. Meratapi kematian
22. Berhias atas meninggalnya seseorang
23. Menghantar jenazah
24. Mempercayai dukun dan peramal
25. Menyumpah anak-anak sendiri
26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim
27. Menganiaya pembantu
28. Mengganggu jiran
29. Minta cerai kerana suami sakit
30. Minta cerai kerana suami menikah lagi



p/s : terima kasih sudi membaca ya^^,

Tips : Menghilangkan Bau Kaki

Assalammualaikum


Hai u ollsss...apa khabar, elehhh..macam la ada orang baca blog ni kan, sampai nak tanya khabar orang lain pulek..(ehhh mana tau ada orang baca pulek).Ok la, tak kisah la ada baca ker, tak ada baca ker, apa2pun tak kisah ya, kalau ada yang terbaca tu terima kasih ya..So sebelum ayong ni merepek apa ntah , jom la tinjaua apa cerita kali ini yang ayong nak kongsikan.


Apa yang ayong nak kongsikan ni pasti ada  kaitan dengan keadaan sekelilling kita ya.Kebiasaan kita sering kali di kaitkan dengan bau badan , bau mulut, bau baju hapak la, jadi macam mana pulak dengan bau kaki anda.hahah..apa la kan pagi2 dah cerita pasal bau kaki pulekk...kikiki..
Gila kentang ya sesiapa yang ada mempunyai masalah bau kaki ni, lagi mual dari bau badan ya dik non.Semua gila boleh tergolek, terjuling bijih mata kalau terhidu bau kaki ni, so mana2 yang ada masalah bau kaki ni, tolong la amik berat sikit, bukan untuk diri sendiri jer, tapi untuk orang sekeliling jugak...prihatin la sikit.So ada la sikit petua yang ayong nak kongsikan.Jom nengok..


1) Pertama sekali ya dan paling penting juga sebenarnya : Pilih la kasut yang bersesuaian, kalau dah tau kaki tu memang ada masalah bau, jadi jangan la beli kasut yang murah, cari la yang mahal sikit, kulit yang bagus, material yang boleh menyerap peluh kaki tu, (tapi ada orang kalau kasut murah pun kaki tak berbau, so bergantung ya)


2) Kerap la potong kaki  kuku kaki tu , jangan la biar panjang sampai dah naik hitam tepi2 nya tu, dah berkerak dah nampak, mana tak berbau nya.


3) Pilih stokin yang boleh menyerap peluh, material yang bagus, cuci selalu stokin tu, jangan la seminggu sekali baru nak cuci, dah la terperap berjam jam dalam kasut, tak cuci pula, mana tak berbau nya kaki tu, tu yang bila buka kasut tu, perghhh semerbak menusuk kalbu.Kalau suka pakai kasut yang tertutup pakai la stokin, sebab kaki mudah berpeluh ya.


4) Bila pergi kerja kan pakai kasut , sampai ofis buka la , pakai selipar, bagi kaki tu bernafas sikit, tak ada la kaki tu terperap jer 8~10 jam, kaki pun nak releks gak.


5) Apa kata balik keje tu rendamkan kaki tu dengan air suam dicampurkan dengan hirisan limau nipis,gosokkan hirisan limau tu kat celah2 jari kaki tu,kalau tak ada limau nipis sangat pun, rendamkan la kaki tu dengan air suam di campur dengan garam kasar. (tapi biasa ayong guna garam wangi untuk spa, gosok kat kaki, ada jual, satu paket RM 10 jer).Buat la seminggu dalam 4 kali, kalau buat sekali jer memang tak jadi pong.


6) Selalu buangkan sel2 kulit mati kat kaki tu, gosok tumit kaki tu,ada batu khas untuk gosok tumit kaki.


7) Gunakan krim khas / spray kaki, banyak dah sekarang jual kat pasaran (feet up spray).


8) Selalu la pergi buat pedicure, bukan mahal pun kan...


9) Pemakanan juga kene jaga ya, bukan untuk badan jer, untuk kaki juga kene titik berat kan.


p/s :Jadi ni la antara pertua2 yang dapat ayong kongsikan.Terima kasih sudi baca.Jangan marah ya  , kalau kaki anda berbau, hanya nak kongsikan jer, kalau tak percaya cuba buat, pasti hilang masalah tu.

Friday, February 24, 2012

Cakap cakap : Renungan Bersama

Assalammualaikum


Cakap cakap hari ini mengenai kisah mendidik anak dengan cara yang lebih berkesan.Renung2kan la bersama.




1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”