yang gitu2 aja

Monday, March 12, 2012

Tips : Petua Lama2

Assalammualaikum

Hai bersiaran kita kembali ya, lama sih tak hapdate blog ni....fuh...fuh..tiup habuk jap.Achummm...terus terbersin.Apakata pagi isnin yang bluesss ni, mari kita kongsi beberapa petua..ok??senang jer, tak perlu nak keluarkan belanja yang besar, memandangkan dekat rumah kita memang ada bahan bahan yang sangat berguna untuk proses pembaik pulihan kesihatan harian bagi diri kita.Apa kata kita tengok bahan yang pertama yang ada di rumah kita.Jommm...

Bunga Cengkih ~ Hilangkan Sakit Gigi

Bunga cengkih..Ehsan pakcik goo

Kebiasaan kita menggunakan bunga cengkih ni dalam masakan sahaja, tapi sebenar nya bunga cengkih ni banyak khasiat nya,jom kita lihat..

* Bunga cengkih di gunakan bagi menghilang kan sakit gigi,sakit gigi secara tiba tiba?Pertama sekali ambil sedikit bunga cengkih , kemudian kisarkan sehingga hancur.Dah hancur tu letakkan pada bahagian gigi yang sakit atau berlubang tu ya, Kesan nya akan terasa dalam beberapa minit sahaja.

Limau Nipis ~ Mencantikkan Kuku

Limau Nipis - Gambar dari uncle Goo

* Limau nipis ni biasa nya kita gunakan untuk minuman, selain fungsi untuk menguruskan badan..orang kata la kan, limau nipis boleh juga di gunakan untuk mencantikkan kuku kita. Mudah jer, hiriskan limau nipis ni, gosokkan pada kuku, lakukan selang dua minggu, nanti kita akan nampak hasil nya, kuku bukan sahaja bersinar, malah kelihatan sihat dan kemerahan.Cuba lah.


Serbuk Teh @ hampas teh ~ Melembutkan Kulit Muka

Serbuk Teh ~ Gambar dari pakcik goo


* Habis madu , sepah diterajang, begitu la lazim nya.Tapi lain pula dengan serbuk teh ni, habis & tawa rasa nya, hampeh nya tu boleh la di gunakan untuk mendapatkan kulit wajah yang lembut.
Sonang jo cara nya, hampeh nya tu sapukan ke seluruh wajah, lalu di biarkan untuk beberapa ketika (antara 5 ~ 10 minit) kemudian di bilas la muka tu dengan air suam.Lakukan dengan kerajinan anda, sebab kalau buat sekali jer, memang tak ada la perubahan pun.

p/s : 3 petua jer la saya kongsi hari ni, nak siap kan ni pun dari pagi sampai petang baru siap, 1 entry.Macam la kalau buat 10 entry satu hari ada orang nak baca blog ko kan.Perasan kan jer la diri ini.



No comments:

Post a Comment