yang gitu2 aja

Tuesday, April 10, 2012

Riadah : Keghairahan Menakluki Mu

Assalammualaikum

Fuh..fuh..fuh...acom..haishh, gila berhabuk blog ni, mana tak nya, berapa lama la dah tak update..(sambil kesat hingus dengan tisu, akibat habuk tebal).Almaklum la kesibukan yang melampaui kemampuan diri menyebabkan blog ini usang di makan usia, dan kalau update pun bukan ada orang baca pun...*wink3*.

Ok la, kalau panjang lebar pun tulis, korang pasti meluat sampai muntah hijau nak baca entri makcik ni kan, jadi jom la , layan cerita makcik, sepatut nya makcik letak cerita ni last week lagi, tapi sorry la, tak ada masa la.Dan cerita ni memang dah basi pun, macam susu masam dah.Tapi tak apa la, blog makcik, suka hati makcik la nak letak cerita basi macam mana pun.

Tajuk tu macam lucah sikit, tapi memang betul pun, Ahad lepas makcik berjaya menakluki ....menakluki..menakluki..haihhh...jom jer la layan.


Hahahaha...ini la dia pengakhiran nya..Kami berjaya menakluki Panorama Hill yang terletak di Sungai Lembing Pahang.Ketinggian Panorama Hill ini, adalah lebih kurang 1200 kaki dari paras laut. Walaupun makcik lah, orang yang akhir sekali sampai, almaklum la dah tua, lutut sakit, tapi makcik tetap bangga, makcik berjaya menakluki nya...ohhhhh...asom nya.penat pun penat la, sapa kata orang gemuk tak boleh panjat bukit ya.Buktinya dah ada ok, makcik la orang nya..hahaha... Jom layan pic yang lain pula la. =) (gambar makcik yang belah kanan, yang gemuk tu pakai tudung hitam ya, yang comey kat sebelah tu moon nama diberi..ahakss)


Sebelah kiri makcik dengan heroin kita, yang berjaya menaikan semangat makcik untuk terus menakluki Panorama Hill ni, haihhh (susah nya jadi orang gemuk ni). Sebelah kanan tu pula, isteri kepada rakan sekerja makcik, suami dio satu opis ngan makcik.


Pemandangan dari gelap, cerah sikit , sampai lah ada nampak matahari keluar, kredit picture to moon, sebab dia yang capture semua gambar ni.Kitaorang mula mendaki jam 5.00 pagi masa tu.


Mereka semua adalah rakan sekerja makcik..Kami sempat pergi mandi air terjun bagai, cycling lagi,dan macam macam lagi la, memang sesuatu aktiviti yang amat menyeronokkan , walaupun badan ni penat sesangat, tapi yang paling penting makcik enjoy...


Suasana kat tempat kami menginap...Memang best..Cuma kami tak dapat nak menikmati ikan bakar jer..huuuhuhuhu...kesian kat budak kecik tu. Next time makcik pasti akan sampai ke sini lagi.Ok la semua.
Sampai sini saja la dulu ya..Pas ni tak tau bila pulak cerita baru makcik nak upload.

Daaaaaa...As salam
Terima kasih sudi baca.

No comments:

Post a Comment