Hehehe....kali ni makcik rajin pulak nak mengupdate blog ni, memandangkan hari ni makcik MC, tak pergi keje, sebab demam & selsema, malam ni boleh la makcik mengupdate sikit cerita.Cuti hari rabu hari tu sempena Pertabalan agung yang baru, makcik telah berjaya menakluki Broga Hill. Makcik ni pantang kalau ada dengar kawan2 nak buat outdoor punya aktiviti, mesti nak join punya, terus jadi jeles(main2 jer).Kali ni rakan sepejabat buat aktiviti mendaki Broga. Apalagi terus on jer, memandangkan Broga Hill ni pulak dekat jer ngan umah makcik. Perjalanan bermula dari jam 5.00 pagi, dan mengambil masa lebih kurang 30~45minit dari rumah makcik.Untuk pengetahuan tempat starting point untuk mendaki Broga ni adalah dalam kawasan kelapa sawit, dan kene bayar parking sebanyak RM 2.Tapi kami parking kat kawasan luar jer, memandangkan pada hari Rabu tu terlalu la ramai nya orang yang nak mendaki juga, dan kami terpaksa park kete jauh dari kaki bukit.Disebabkan broga hill ni dah jadi agak popular sekarang, ramai jugak pendaki-pendaki lain yang turut mendaki sekali. Dan kadang-kadang, berlaku trafik jem di tengah-tengah perjalanan disebabkan sesak sangat dengan manusia.
Setelah berbagai rintangan di lalui (banyak la sangat rintangan) akhirnya kami sampai ke puncak pertama dalam lebih kurang 40 minit macam tu, sebab terlalu ramai kan, jadi banyak kesesakan yang berlaku. Ada lebih kurang 4 puncak, dan jarak antara puncak ke puncak tak ada terlalu jauh sangat. Untuk pengetahuan Broga memang best untuk di daki , dan pastinya makcik akan datang lagi untuk menawan keindahan nya lagi sekali.Mana yang belum pernah cuba boleh la cuba mendaki Broga Hill ni, yang terletak nya di semenyih. Ketinggian Broga ni pula adalah 400 meter , lebih kurang dalam 1200 kaki dari aras laut.
Perhatikan la betapa ramai nya orang, macam nak tengok konset Justin Bibir pulak.
Sungguh indah ciptaan NYA.
p/s : sila pakai kasut yang boleh grip dengan kuat, sebab bila hujan bukit licin dan boleh mengundang maut.
Terima kasih sudi baca.As salam
No comments:
Post a Comment