yang gitu2 aja

Thursday, March 15, 2012

Cakap2 : Tanda 'DIA' Cuma Kawan Baik.

Assalammualaikum

Berkawan sudah lama @ bercintakah kita dengan nya, ada kala kita sendiri tak pasti dengan perasaan kita, Cinta kah, sayang kah, rindu kah,jadi mari kita lihat, siapa sebenar nya pasangan kita tu pada kita. Mungkin pasangan kita tu layak di anggap sebagai adik sahaja, atau sahabat @ dia adalah suami orang.

Mari kita lihat tanda tanda yang si dia adalah sekadar kawan baik @ BFF sahaja.


  • Dia boleh ketawa besar sehingga berguling guling sewaktu kita menceritakan perkara diri mahu digoda oleh teman baik nya.
  • Apabila bertentang mata , kita terasa getaran cinta atau dada yang berdebar debar.. dupdapdupdap.
  • Di saat bercuti kita tidak teringat langsung pada dia.
  • Setiap kali ingin bertemu, tidak pernah memikirkan soal pakaian, solekan, tudung @ sebagai nya.
  • Kalau nak bayar parking, selalu minta kita tolong bayarkan , atas alasan ...'tak ada duit tukar la@duit kecil'.
  • Kalau menonton filem lucu pula @ mendengar dia bercerita yang lawak, kita ni pulak tak segan ketawa terbahak bahak, sampai meleleh air mata, sebab kita rasa, kita adalah kita, walaupun baru jer kenal mamat tu, so itu tandanya, dia adalah sebagai kawan sahaja.
  • Si dia tu tak ada rasa malu, meminta kita membayarkan makan malam nya menggunakan duit kita.Setiap kali berhubungan , dia akan 'missed call' jer.Alasan nya, kredit dia tak ada.
  • Semasa kita menceritakan pengalaman putus cinta, dia mendengar bersungguh sungguh, tanpa menunjukkan sebarang emosi pada wajah.
  • Dia juga tiada memberi isyarat tentang perhubungan yang terjalin.
  • Dia tidak berminat untuk mengetahui selanjut nya tentang peribadi anda, keluarga anda, ibu bapa anda, atau tiada langsung teringin berjumpa ke dua ibu bapa anda.
  • Dan setiap kali bertemu rakan2 dia, boleh pulak dia kenal kan kita sebagai "INI KAWAN SAYA".
ok tamat....
kawan pun kawan la...

No comments:

Post a Comment