yang gitu2 aja

Friday, April 20, 2012

Aku pun nak buat la ...UNTUNG

Assalammualaikum

Salam Jumaat, hari yang indah pagi ni, cuaca pun indah, sesaja makcik merajinkan jejari yang kembang ni untuk menaip, (sambil makan hotdog),tak tahu kenapa nak menaip, apa tujuan, walaupun sekarang ni kekurangan idea, tapi rasa macam nak menaip atau nak meluahkan sesuatu agak nya.Tapi nak luah kan apa ya.

Makcik nak tanya la pendapat korang semua pada pekerja2 yang kaki bodek ni, apa kata korang ya.Kadang2 kan makcik memang tak paham apa yang berlaku di sekeliling kita ni.Macam situasi di tempat keje ya, katakan la, makcik ni marah sangat dengan boss makcik yang kaki mengarah ni, perghhh...belakang dia punya la makcik ni cakap bukan, Bo**h la..apa la..bengap la , semua keje aku kene buat la, yang ko tu boss duk melepak jer yang kau tau pandai mengarah jer..Blaa...blaaa..blaa..(versi marah tak ingat ya).

Tapi.....

Bila boss ada depan mata, Ya ampun..pijak semut, (semut tak mati,tp jadi kingkong), ok boss...ya ..ya..ok boss..saya buat boss... boss jangan risau boss...pasti beres punya boss, masa tu tak ada pun rasa nak tempelak balik kat boss tu, malahan kalau boleh nak cabut nyawa dia bagi kat boss dia tu (biar umur boss dia panjang)ini la dia yang di katakan bodek, kalau boleh nak ambilkan makanan buat boss nya, masukkan ke dalam pinggan boss nya, angkat kan beg nya, belikan makanan buat boss nya, walaupun dalam kocek tinggal RM 5 jer. Hmm..perlu ker? Tapi ada untung nya kaki bodek ni berbanding dengan yang jenis (ala biar jer la dia nak bodek), mana tak untung nya, yang kaki bodek ni gaji boleh naik beratus ratus bila setiap kali ada kenaikan gaji, mana yang tak bodek ni naik la RM 80 jer setahun, tu pun dah kira banyak.

Apapun sebenar nya, terpulang pada diri sendiri nak pilih cara yang macam mana, tepuk dada tanya la hati.Rezeki yang dicari biarlah dari hasil yang bersih, ikhlas bekerja, (bukan datang keje tunjuk muka jer, gelagat mengalahkan boss, keje pun malas sambil lewa), hasil yang halal, tidak menipu, terutama bagi yang ada anak isteri/ suami.Semua tu jadi darah daging. Saya tak kata rezeki tu tak halal, rezeki tu ALLAH yang tentukan, cuma cara kita mendapatkan rezeki tu, berkat atau tidak .Renung2kan la.

p/s : ikhlas kerana ALLAH s.w.t.

No comments:

Post a Comment