Assalammualaikum
N3 ini adalah tips untuk lelaki.Biasa nya lelaki selalu menghadapi masalah bersama dengan teman wanita @ pun isteri sendiri.Mana tak nya, perempuan ni kan lumrah mereka suka merajuk.Sikit sikit nak merajuk, marah sikit merajuk, cakap salah sikit tarik muka,muncung panjang (ehhh macam hakak jer,haha).Apa2 semua nak merajuk la.Lelaki pulak memang ada yang tak pandai nak memujuk.Jadi mana yang tak tahu cara nak pujuk tu, jangan risau, jangan gundah, saya ada cara2 nya , hehehe..layan kan jer la ya..
1. Bila awek @ Isteri mula mengamok baling² barang
Petua yang mesti diamalkan:
korang cuba sambot ape yg dorang baling tu. inilah masanyer korang nak tunjuk kepantasan korang menjadi goal keeper.
2. Bila awek @ isteri korang mule menjerit tak pasal² menengking, membebel tanpa henti
Petua yang mesti diamalkan:
korang menyanyilah sekuat hati dengan penuh perasaan mengikut melodi sebenar penyanyi asal. inilah masanyer korang nak tunjuk yg suara korang best giler!
3. Bila awek korang tenung korang macam nak telan (garang arh konon!)
Petua yang mesti diamalkan:
korang senyum jek pandang awek korang tuh! inilah masenyer korang tunjuk betapa comelnyer muka korang ketika senyum!
4. Bila awek @ isteri korang ambik semua barang² dia bungkus ala² nak lari rumah
Petua yang mesti diamalkan:
korang tolong kemaskan barang² dia. ambik semua barang² dia masukkan dalam plastik sampah kaler itam tuh. inilah masanya korang nak tunjuk betapa rajinnya korang, ringan tulang dan suka membantu.
5. Bila awek @ isteri korang menangis akibat terlalu marah dan sakit hati hingga mengalirkan airmata
Petua yang mesti diamalkan:
korang ketawalah berdekah² hingga terguling². inilah masanya korang nak buktikan bahawa korang berusaha buat awek @ isteri korang gembira ketika dia sedang berduka, sedih dan terluka! hehehe…
Sekiranya korang berjaya mengamalkannya:
memang kOrang terar la...
Hahaha...terima kasih la sudi baca ya ^^,(jangan lupa follow ya..)
No comments:
Post a Comment