yang gitu2 aja

Monday, February 13, 2012

Info : Kematian Whitney Houston

Assalammualaikum
Whitney Houston Meninggal Dunia
LOS ANGELES: Ratu muzik pop, Whitney Houston, 48, meninggal dunia pada Sabtu 12 Februari 2012 pukul 3.55 petang (waktu tempatan) di bilik Hotel Beverly Hilton yang didiaminya. Jurucakap Whitney, Kristen Foster telah mengesahkan berita kematian penyanyi yang popular dengan lagu The Greatest Love Of All itu . Punca kematian Whitney menjadi tanda tanya apabila ia tidak didedahkan oleh ahli keluarga penyanyi kesayangan ramai itu. Alicia Keys turut berada di hotel tersebut, untuk melihat Whitney buat kali terakhir.
Bagaimanapun, siasatan masih di jalan kan bagi mendapatkan punca sebenar kematian Whitney Houstan..Setakat ini, kematian ini tidak menunjukkan sebarang unsur jenayah, dan ada juga sumber menyatakan kematian nya akibat dadah yang terlebih di ambil oleh penyanyi tersebut.Pihak bertanggungjawab menerima panggilan daripada pihak sekuriti hotel berkenaan pada pukul 3.43 petang apabila mendapati Whitney tidak sedarkan diri.
p/s : Apapun yang pergi tetap telah pergi, kita yang tinggal ni tambahkan lah amal di dalam diri, agar lebih di sayangi oleh ALLAH.Tak perlu hendak menilai apa perkara buruk & baik yang pernah setiap hamba ALLAH lakukan, hanya ALLAH yang menentukan segala nilai dan prestasi setiap hambanya.Dari NYA kita datang kepadaNYA juga kita akan kembali.MATI ITU PASTI.
Zaman kegemilangan Whitney Houstan

1 comment: