yang gitu2 aja

Friday, April 20, 2012

Aku pun nak buat la ...UNTUNG

Assalammualaikum

Salam Jumaat, hari yang indah pagi ni, cuaca pun indah, sesaja makcik merajinkan jejari yang kembang ni untuk menaip, (sambil makan hotdog),tak tahu kenapa nak menaip, apa tujuan, walaupun sekarang ni kekurangan idea, tapi rasa macam nak menaip atau nak meluahkan sesuatu agak nya.Tapi nak luah kan apa ya.

Makcik nak tanya la pendapat korang semua pada pekerja2 yang kaki bodek ni, apa kata korang ya.Kadang2 kan makcik memang tak paham apa yang berlaku di sekeliling kita ni.Macam situasi di tempat keje ya, katakan la, makcik ni marah sangat dengan boss makcik yang kaki mengarah ni, perghhh...belakang dia punya la makcik ni cakap bukan, Bo**h la..apa la..bengap la , semua keje aku kene buat la, yang ko tu boss duk melepak jer yang kau tau pandai mengarah jer..Blaa...blaaa..blaa..(versi marah tak ingat ya).

Tapi.....

Bila boss ada depan mata, Ya ampun..pijak semut, (semut tak mati,tp jadi kingkong), ok boss...ya ..ya..ok boss..saya buat boss... boss jangan risau boss...pasti beres punya boss, masa tu tak ada pun rasa nak tempelak balik kat boss tu, malahan kalau boleh nak cabut nyawa dia bagi kat boss dia tu (biar umur boss dia panjang)ini la dia yang di katakan bodek, kalau boleh nak ambilkan makanan buat boss nya, masukkan ke dalam pinggan boss nya, angkat kan beg nya, belikan makanan buat boss nya, walaupun dalam kocek tinggal RM 5 jer. Hmm..perlu ker? Tapi ada untung nya kaki bodek ni berbanding dengan yang jenis (ala biar jer la dia nak bodek), mana tak untung nya, yang kaki bodek ni gaji boleh naik beratus ratus bila setiap kali ada kenaikan gaji, mana yang tak bodek ni naik la RM 80 jer setahun, tu pun dah kira banyak.

Apapun sebenar nya, terpulang pada diri sendiri nak pilih cara yang macam mana, tepuk dada tanya la hati.Rezeki yang dicari biarlah dari hasil yang bersih, ikhlas bekerja, (bukan datang keje tunjuk muka jer, gelagat mengalahkan boss, keje pun malas sambil lewa), hasil yang halal, tidak menipu, terutama bagi yang ada anak isteri/ suami.Semua tu jadi darah daging. Saya tak kata rezeki tu tak halal, rezeki tu ALLAH yang tentukan, cuma cara kita mendapatkan rezeki tu, berkat atau tidak .Renung2kan la.

p/s : ikhlas kerana ALLAH s.w.t.

Thursday, April 19, 2012

Aku Punya Pasal la

Assalammualaikum

Tajuk tu tak ada kene mengena dengan sesiapa ya.kikiki..sebenar nya makcik lambat masuk keje hari ni, sebab nya, kereta makcik tu buat hal.,boleh pulak tayar dia bocor, pagi2 buta mana la ada bengkel yang buka, nak tak nak kene la tunggu sampai jam 9am.Nasib baik ada yang buka awal, so makcik sampai kat opis dalam kul 10am..hehehe...tak apa, makcik jarang masuk lambat opis, selalu awal jer, hari ni jer, so makcik punya pasal la makcik nak masuk pukul berapa pun..hehehe...tak ada la gurau jer..ok la, makcik nak sambung buat keje dulu la.

Daaaa...as salam =)

Thursday, April 12, 2012

Riadah : Aku Puas Menjelajahi Mu ~ Broga

Assalammualaikum


Hehehe....kali ni makcik rajin pulak nak mengupdate blog ni, memandangkan hari ni makcik MC, tak pergi keje, sebab demam & selsema, malam ni boleh la makcik mengupdate sikit cerita.Cuti hari rabu hari tu sempena Pertabalan agung yang baru, makcik telah berjaya menakluki Broga Hill. Makcik ni pantang kalau ada dengar kawan2 nak buat outdoor punya aktiviti, mesti nak join punya, terus jadi jeles(main2 jer).Kali ni rakan sepejabat buat aktiviti mendaki Broga. Apalagi terus on jer, memandangkan Broga Hill ni pulak dekat jer ngan umah makcik. Perjalanan bermula dari jam 5.00 pagi, dan mengambil masa lebih kurang 30~45minit dari rumah makcik.Untuk pengetahuan tempat starting point untuk mendaki Broga ni adalah dalam kawasan kelapa sawit, dan kene bayar parking sebanyak RM 2.Tapi kami parking kat kawasan luar jer, memandangkan pada hari Rabu tu terlalu la ramai nya orang yang nak mendaki juga, dan kami terpaksa park kete jauh dari kaki bukit.Disebabkan broga hill ni dah jadi agak popular sekarang, ramai jugak pendaki-pendaki lain yang turut  mendaki sekali. Dan kadang-kadang, berlaku trafik jem di tengah-tengah perjalanan disebabkan sesak sangat dengan manusia. 


Setelah berbagai rintangan di lalui (banyak la sangat rintangan) akhirnya kami sampai ke puncak pertama dalam lebih kurang 40 minit macam tu, sebab terlalu ramai kan, jadi banyak kesesakan yang berlaku. Ada lebih kurang 4 puncak, dan jarak antara puncak ke puncak tak ada terlalu jauh sangat. Untuk pengetahuan Broga memang best untuk di daki , dan pastinya makcik akan datang lagi untuk menawan keindahan nya lagi sekali.Mana yang belum pernah cuba boleh la cuba mendaki Broga Hill ni, yang terletak nya di semenyih. Ketinggian Broga ni pula adalah 400 meter , lebih kurang dalam 1200 kaki dari aras laut.



Perhatikan la betapa ramai nya orang, macam nak tengok konset Justin Bibir pulak.


Sungguh indah ciptaan NYA.


p/s : sila pakai kasut yang boleh grip dengan kuat, sebab bila hujan bukit licin dan boleh mengundang maut.

Terima kasih sudi baca.As salam

Tuesday, April 10, 2012

Riadah : Keghairahan Menakluki Mu

Assalammualaikum

Fuh..fuh..fuh...acom..haishh, gila berhabuk blog ni, mana tak nya, berapa lama la dah tak update..(sambil kesat hingus dengan tisu, akibat habuk tebal).Almaklum la kesibukan yang melampaui kemampuan diri menyebabkan blog ini usang di makan usia, dan kalau update pun bukan ada orang baca pun...*wink3*.

Ok la, kalau panjang lebar pun tulis, korang pasti meluat sampai muntah hijau nak baca entri makcik ni kan, jadi jom la , layan cerita makcik, sepatut nya makcik letak cerita ni last week lagi, tapi sorry la, tak ada masa la.Dan cerita ni memang dah basi pun, macam susu masam dah.Tapi tak apa la, blog makcik, suka hati makcik la nak letak cerita basi macam mana pun.

Tajuk tu macam lucah sikit, tapi memang betul pun, Ahad lepas makcik berjaya menakluki ....menakluki..menakluki..haihhh...jom jer la layan.


Hahahaha...ini la dia pengakhiran nya..Kami berjaya menakluki Panorama Hill yang terletak di Sungai Lembing Pahang.Ketinggian Panorama Hill ini, adalah lebih kurang 1200 kaki dari paras laut. Walaupun makcik lah, orang yang akhir sekali sampai, almaklum la dah tua, lutut sakit, tapi makcik tetap bangga, makcik berjaya menakluki nya...ohhhhh...asom nya.penat pun penat la, sapa kata orang gemuk tak boleh panjat bukit ya.Buktinya dah ada ok, makcik la orang nya..hahaha... Jom layan pic yang lain pula la. =) (gambar makcik yang belah kanan, yang gemuk tu pakai tudung hitam ya, yang comey kat sebelah tu moon nama diberi..ahakss)


Sebelah kiri makcik dengan heroin kita, yang berjaya menaikan semangat makcik untuk terus menakluki Panorama Hill ni, haihhh (susah nya jadi orang gemuk ni). Sebelah kanan tu pula, isteri kepada rakan sekerja makcik, suami dio satu opis ngan makcik.


Pemandangan dari gelap, cerah sikit , sampai lah ada nampak matahari keluar, kredit picture to moon, sebab dia yang capture semua gambar ni.Kitaorang mula mendaki jam 5.00 pagi masa tu.


Mereka semua adalah rakan sekerja makcik..Kami sempat pergi mandi air terjun bagai, cycling lagi,dan macam macam lagi la, memang sesuatu aktiviti yang amat menyeronokkan , walaupun badan ni penat sesangat, tapi yang paling penting makcik enjoy...


Suasana kat tempat kami menginap...Memang best..Cuma kami tak dapat nak menikmati ikan bakar jer..huuuhuhuhu...kesian kat budak kecik tu. Next time makcik pasti akan sampai ke sini lagi.Ok la semua.
Sampai sini saja la dulu ya..Pas ni tak tau bila pulak cerita baru makcik nak upload.

Daaaaaa...As salam
Terima kasih sudi baca.