yang gitu2 aja

Monday, January 16, 2012

~ Tujuan Perkahwinan ~

Assalammualaikum

haiii you  ollssss, jumpa lagi di hari isnin yang sangat slow, slow dari semua segi, tak ada apa yang hendak di kongsikan, cuma sedikit motivasi/pengetahuan untuk diri sendiri, dan yang terbaca post ini.

Tujuan perkahwinan :

  • Andai perkahwinan kerana harta, maka pasangan bakal menghadapi krisis pergaduhan, sehingga kadang kala mengundang kepada perpisahan jika ekonomi didalam rumah tangga tidak dapat di atasi.
  • Andai perkahwinan di atas dasar paras rupa dan bentuk badan, habis la macam ni,pasti nya pasangan akan berubah hati dan terfikir untuk mencari lain bila rupa dah krepot dan badan dah mula mengembang (macam badan hakak ni..kikiki)
  • Andai perkahwinan atas dasar nafsu,maka nampaknya pasangan akan selalu bertengkar la macam ni, apa tidak nya,suasana di bilik tidur selalu nya tidak memuaskan hati.
  • Andai perkahwinan untuk mendapat kan zuriat,hmmm, pasti nya pasangan akan mencari alasan / silap untuk berlalu pergi.(tapi tu semua keje ILLAHI, kalau dah berusaha masih belum ada, macam mana)
Tetapi ALLAH s.w.t tu maha kaya

  • Andai perkahwinan kerana NYA .InsyaALLAH, sesungguh nya ALLAH itu kekal abadi, dan maha pemberi pada yang meminta.Lakukan la sesuatu ibadah itu kerana ALLAH s.w.t. Sesungguh nya ALLAH maha pemberi hidup kepada setiap makhluknya.

No comments:

Post a Comment