yang gitu2 aja

Sunday, January 8, 2012

Spagetti Hujung Minggu

Assalammualaikum

Hujung hujung minggu ni,apa lagi nak di buat, melainkan menghabiskan masa di rumah, menyiapkan tempahan2 yang ada,so tengahari ni tadi nak mudah dan senang,untuk makan tengahari , apa lagi saya masak spagetti jer la.Memandangkan sekarang dalam proses mengurang kan pengambilan makanan yang berat2,so amik keputusan masak Spagetti jer la.Masak spagetti la perkara yang paling mudah .Do you no Y??yer la, sebab kuah nya memang dah siap sedia, cuma panas kan jer dalam periuk..kikiki..

okla ...bahan bahan yang di perlukan :


Bahan2 nya macam dalam gambar tu la yang saya gunakan :

1) 1 paket daging kisar dari ramly
2) 1 tin cendawan butang
3) 1 botol besar Prego Tradisional
4) 1 paket spageti
5) 1 bungkus meatball

Cara cara nya :
Mudah sahaja ..

1) Panas kan periuk,masukkan dalam dua sudu mentega,tunggu sehingga cair
2) Kemudian , masukkan daging kisar tadi, gaul sehingga sebati
3) Selepas sebati, masukkan pula cendawan butang tadi, gaul sebati, dan sedikit lembut cendawan butang tersebut
4) Masukkan pula Prego tadi, dan saya perasakan dengan sedikit garam.(ikut citarasa anda ya).

Selesai dan sedia untuk di hidangkan.


Saya hidang kan dengan meatball yang telah digoreng.
Sila abaikan kicap pedas tu ya, tak ada kene mengena dengan resepi spagetti saya tu, kicap pedas tu untuk ni makan dengan nenas masak ranum tu, sebagai pencuci mulut, kahkah..


Jemput makan semua.Dan jangan la lupa mencuba menu orang malas ni ya.As salam dan bubyeeee....

No comments:

Post a Comment