yang gitu2 aja

Monday, January 30, 2012

Perkara tidak di sukai ayongsue

Assalammualaikum

Dah baca N3 sebelum ni, kalau n3 sebelum ni berkisar kan kesukaan ayong, la ni nak citer plak apa benda yang ayong ni kurang suka untuk lakukan atau dengan istilah lebih jelas...memang tak sukaaaaa...

* Paling tak suka kalau kene iron baju...erkkkk...arghhh...tak kira la baju apapun, baju sendiri pun tak suka nak iron la, tapi kalau dah terpaksa....hmmmm

* Tak suka untuk drive (2 tahun kebelakangan ni, mungkin sebab dah drive since 1999, so mood nak drive tu mmg dah tak ada)kalau kene drive pun itu adalah kerana benar2 terpaksa.

* Tak suka menonton wayang, ini memang sejak zaman dolu2,zaman muda2.kalau pergi pun sebab kesian kat orang yang dah berbuih terjuih bibir dan lidah mengajak tonton wayang.

* Tak suka guna lipstik,kalau guna pun lipbalm jer, itupun kalau bibir ni kering dan merekah

* Tak suka beluttttt...tolong..la...geli akak...

* DAN tak suka pada bau bau yang sedap  busuk, KOMPOM tetiba jer air hidung ni meleleh tanpa di minta2 untuk meleleh.

Beberapa Perkara Tentang Tuan Tanah

Assalammualaikum

Salam perkenalan dari tuan tanah.Beberapa perkara yang boleh anda ketahui mengenai tuan tanah ni @ayongsue.Bukan nak glamor, dan memang tak glamor pon, cuma, mana la tau kan ada plak yang nak jadi rakan alam maya cik puan ayongsue ni..sudi2kan la .Tak kenal maka tak mengerti.

Tuan tanah ni adalah seorang :

* Seorang yang sangat garang muka dia, muka bengis jer dia , tak ada manis langsung, berlesung pipi di kedua dua belah, nampak la manis sikit kalau senyum la. (dah tiba keperasanan nya)


* Seorang isteri kepada Mr AA, becok, banyak cakap, dan bekerja bukan seorang suri rumah.

* Seorang kakak kepada 7 orang lagi adik adik nya

*Seorang penggemar teh, tak kira apa jenis minuman teh, terutama sekali teh hijau.

* Seorang penggemar makanan yang berasaskan vanilla, atau apa jenis bau bauan vanilla.

* Seorang yang, kalau orang tak kenal dia ni betul2 la kan, memang la orang akan cakap macam hampeh jer minah ni,tapi kalau dah kenal sendiri, baru tau macma mana penangan nya, amek ko.

* Seorang yang suka masak, sebab Mr AA suka makan, suka buat apa2 jenis kek n pastry, kalau tau pun ia nya tak menjadi, nak buat jugak..suka buat coklat.hehe.

* Dan tuan tanah ada lah seorang yang ketinggian nya hanya mencecah 148cm sahaja YA..berat pulak RM 55kg, so korang bayang kan la , betapa demuk nya tuan tanah @ cik puan ayongsue ni.

p/s : ektuali, ayongsue ni berblog kerana ingin isi kekosongan masa sahaja.bukan nak glamor, atau nak mengharapkan glamor,haha..cuma , mana tau ada kenal2an dari alam maya ni, yang boleh jadi BFF plak satu hari nanti, sapa jangka sapa menduga.

Peace yo....

Proses Menjadi Suri # 1

Assalammualaikum


Umur aku?? baru 31 tahun,(baru ya... macam tak sedar diri lagi dah tua) sudah tentu aku masih muda.(muda lagi ker ko ni ayong oiii) .Walaupun umur aku dah mencecah 31 tahun, walaupun ya,tapi percaya la yang aku dah melalui macam2 rintangan  dalam hidup. Dari masa bujang, hingga la bergelar tunangan orang, dan kini bergelar Puan pula, yang manis macam gula lolipop, pahit macam air akar kayu dan masam macam gula2 hantu.suka duka memang banyak.suka duka dari kurus jadi gemuk, dari manis jadi pahit..haha.Tapi aku sentiasa berdikari dari muda2 dolu..kiki..

Menyusahkan ibu bapa memang bukan kesukaan aku, memang tak suka menyusah kan FAMA, sebab kitaorang bukan dari golongan bangsawan , kaya raya, petik jari minta apa jer dapat.So dari habis sekolah dolu, memang apa aku hendak memang akan cari sendiri dan dapat kan sendiri, pantang sungguh aku kalau menyusahkan orang lain. 

Tapi berlainan pulak maselah nya bila dah berumah tangga, bila kita dah biasa berdikari, kemana sendiri, nak makan cari duit sendiri, nak beli baju duit sendiri,bila dah kahwen pulak, walaupun kita bekerja ada uwang ringgit sendiri, tapi si pasangan tetap akan laksanakan tanggung jawab dia,(tak apa, tanggungjawab saya mencari nafkah untuk keluarga) kamu kerja duit tu simpan la ,tapi simpan ker??haha, habih gak..buruk perangai.Begitu la lumrah hidup, adakala kita bahagia, adakala kita duka, adakala kita dapat apa yang kita mahu, adakala langsung tak merasa.Adakala ingin kan pasangan hidup rupa macam John Abraham..haha..dapat2 macam Opie Zamie, ok la jugak tu, kelakar kan.Hari2 ketawa tak kering gusi..

Apapun sebenar nya pasangan kita dah memang di tentukan oleh ILLAHI, jadi jangan la ada rasa menyesal nak bunuh diri cabut lari.Kalau dugaan sekecil itu tak dapat kita tanggung, bagaimana lanjut nya nak tanggung dugaan yang lain.Apa2 masalah semua boleh di atasai/di hadapi.Bertawakal dan berdoa pada ILLAHI.mudah2an.

Jodoh pertemuan / harta kekayaan / hidup mati di tangan TUHAN.Kita hanya merancang.

Untuk tidak membuang masa membebel tanpa hala tujuan, baik aku stop kat sini.So dia lain entry aku akan buat sedikit sebanyak tentang kisah diri aku ni @ ayongsue.Daaaaaa

p/s : buat Mr AA..terima la isterimu seada nya, dari kurus ke gemuk nya, dari tak makan , jadi kuat makan..kikiki..apapun isterimu sayang padamu.

Monday, January 16, 2012

~ Tujuan Perkahwinan ~

Assalammualaikum

haiii you  ollssss, jumpa lagi di hari isnin yang sangat slow, slow dari semua segi, tak ada apa yang hendak di kongsikan, cuma sedikit motivasi/pengetahuan untuk diri sendiri, dan yang terbaca post ini.

Tujuan perkahwinan :

  • Andai perkahwinan kerana harta, maka pasangan bakal menghadapi krisis pergaduhan, sehingga kadang kala mengundang kepada perpisahan jika ekonomi didalam rumah tangga tidak dapat di atasi.
  • Andai perkahwinan di atas dasar paras rupa dan bentuk badan, habis la macam ni,pasti nya pasangan akan berubah hati dan terfikir untuk mencari lain bila rupa dah krepot dan badan dah mula mengembang (macam badan hakak ni..kikiki)
  • Andai perkahwinan atas dasar nafsu,maka nampaknya pasangan akan selalu bertengkar la macam ni, apa tidak nya,suasana di bilik tidur selalu nya tidak memuaskan hati.
  • Andai perkahwinan untuk mendapat kan zuriat,hmmm, pasti nya pasangan akan mencari alasan / silap untuk berlalu pergi.(tapi tu semua keje ILLAHI, kalau dah berusaha masih belum ada, macam mana)
Tetapi ALLAH s.w.t tu maha kaya

  • Andai perkahwinan kerana NYA .InsyaALLAH, sesungguh nya ALLAH itu kekal abadi, dan maha pemberi pada yang meminta.Lakukan la sesuatu ibadah itu kerana ALLAH s.w.t. Sesungguh nya ALLAH maha pemberi hidup kepada setiap makhluknya.

Friday, January 13, 2012

~ Friday ~

Assalammualaikum

Syukur kehadrat illahi, sesungguh nya ALLAH masih memanjang kan umur ku, umur Mr AA dan keluarga serta rakan2 dan masih dapat menghirup udara segar pada hari Jumaat yang indah ini.

Hari jumaat, esok dah cuti...masa untuk merehatkan rehat kan diri, setelah bekerja selama 5 hari...hari yang di nanti oleh semua yang bekerja , hari jumaat...heheh

ok la u ollssss...ese nak sambung keje dah ni...kang tak dapat bonus plak, asik tenet jer..

Wednesday, January 11, 2012

~Setelah Beberapa Tahun~

Assalammualaikum

hahaha...tajuk tak ada kene mengena.Actually la kan, tajuk tu berkaitan dengan hari ini punya perjalanan la,almaklumla setelah beberapa tahun aku ni tak naik moto pergi keja, hari ini aku naik moto semula pergi bekerja, SEBAB.....memandangkan jalan raya terlalu la sesak, keluar pukul 6.30am, tapi macam keluar pukul 10am plak sesak nya, so tak nak bebankan & stress kan kepala hotak ni, naik jer la moto.Tapi kali ni Mr AA yang bawa, aku duk belakang jer.

Tapi tu la , kesian plak kat Mr AA hari ni, lepas kitaorang sarapan pagi tadi, aku jalan kaki jer ke opis, mujur opis buka awal hari ni.Pas duk duk rehat jap, renggang kan otot2 kaki, otot perut, luruskan urat , talipon pula berbunyi,so dengar muzik nya dah tau dah sapa yang call.dalam hati terpikir, aikkk..cepat nya si AA ni sampai opis dia.

Rupa2 nya dia  call, beritahu yang tayar moto pancit la pula...ngeh3..Mr AA kata , mujur aku tak ada, kalau tak susah aku nak tunggu lelama.Heeeeeee.....kesian kat kitaorang ni.Keje dah la jauh dari tempat tinggal.

Apapun ....jalan raya memang sesak la sekarang.....Y????????

Muhasabah diri bila keadaan dalam serba kekurangan..

Monday, January 9, 2012

Monday - Slow Motion

Assalammualaikum

Hari ini , hari sangat lemah, hari letih lesu, hari tak bermaya bagi diri ku.Apasal ekkkkk...dari pagi sampai ke petang, tak bersemangat jer ni..

ok la...MALAS nya........

As salam.

Sunday, January 8, 2012

Spagetti Hujung Minggu

Assalammualaikum

Hujung hujung minggu ni,apa lagi nak di buat, melainkan menghabiskan masa di rumah, menyiapkan tempahan2 yang ada,so tengahari ni tadi nak mudah dan senang,untuk makan tengahari , apa lagi saya masak spagetti jer la.Memandangkan sekarang dalam proses mengurang kan pengambilan makanan yang berat2,so amik keputusan masak Spagetti jer la.Masak spagetti la perkara yang paling mudah .Do you no Y??yer la, sebab kuah nya memang dah siap sedia, cuma panas kan jer dalam periuk..kikiki..

okla ...bahan bahan yang di perlukan :


Bahan2 nya macam dalam gambar tu la yang saya gunakan :

1) 1 paket daging kisar dari ramly
2) 1 tin cendawan butang
3) 1 botol besar Prego Tradisional
4) 1 paket spageti
5) 1 bungkus meatball

Cara cara nya :
Mudah sahaja ..

1) Panas kan periuk,masukkan dalam dua sudu mentega,tunggu sehingga cair
2) Kemudian , masukkan daging kisar tadi, gaul sehingga sebati
3) Selepas sebati, masukkan pula cendawan butang tadi, gaul sebati, dan sedikit lembut cendawan butang tersebut
4) Masukkan pula Prego tadi, dan saya perasakan dengan sedikit garam.(ikut citarasa anda ya).

Selesai dan sedia untuk di hidangkan.


Saya hidang kan dengan meatball yang telah digoreng.
Sila abaikan kicap pedas tu ya, tak ada kene mengena dengan resepi spagetti saya tu, kicap pedas tu untuk ni makan dengan nenas masak ranum tu, sebagai pencuci mulut, kahkah..


Jemput makan semua.Dan jangan la lupa mencuba menu orang malas ni ya.As salam dan bubyeeee....

Tempahan - Coklat Moist CupCake

Assalammualaikum

Hai u ollsss.....hari ni baru la saya nak dapat berehat sikit, apa tak nya, semalam seharian saya bertungkus lumus menyiapkan tempahan dari pelanggan tetap saya.Pelanggan saya menempah 100++ Coklat Moist CupCake dengan Icing .Tapi saya buat dekorasi yang simple sahaja, mujur pelanggan saya kata tak perlu dekorasi yang berat2, just yang simple2 jer, jadi ianya tak susah bagi saya untuk menyiapkan nya.Dan paling mujur, ialah adik saya ada membantu.Tu yang lagi bertuah nya badan.

Barang kat rumah memang sedia kala ada, tapi tu la, kali ini punya tempahan haaa..bayak pula barang yang tak cukup.Mujur la kedai bakeri dekat dengan rumah, jadi dua tiga kali keluar pun masih sempat lagi untuk siapkan tempahan pelanggan saya tu.hahh...legaaa...

so ini la penyelesaian masalah saya...saya berasa lega dapat menyiapkan tempahan pelanggan saya .


Kepada Puan Norlida dari Ambank KL , terima kasih ya, ke atas kesudian yang sentiasa membuat tempahan dari saya.


Cupcake yang telah telah siap di paking di dalam kotak.
Puan Norlida , terima kasih banyak2 ya., moga majlis kesyukuran dan cukur jambul anak buah berjalan dengan lancar, hendak nya, AMIN.

Friday, January 6, 2012

Rindunya

Assalammualaikum

Hai uuooolllsss,salam Jumaat, pagi jumaat yang ceria, cerah, dan sedikit hangat.Moga2 perjalanan hidup kita hari ini deberkati ALLAH s.w.t. Kita dilindungi,kita di rahmati,kita di berikan hidayah & petunjuk hendak nya.Mula kan pagi kita dengan perkara yang baik.

Tapi tak baik kalau tak ambil sarapan pagi tau, paling tidak kene makan roti .hmmm, macam aku la pagi ni, tak makan sarapan pagi lagi ni, apa tak nya, Mr AA ada meeting awal pagi ni, so tak sempat nak pergi sarapan, biasa tiap pagi pergi sarapan dengan dia,kene p beli la kat 7e jap lagi makanan.Nak tunggu makan tengahari, alamat nya menyanyi la perut ni, lagu rap lagi.

Silap2 hari makan tengahari, order lain sampai nya lain, haisssshhh, macam semalam la, makan tengahari tu minta sup ayam, tapi yang sampai sup sayur jer, satu keping ayam pun tak ada,nak tak nak makan jer la, kalau tak nanti perut kosong plak.

Arghhhhh...rindunya nak makan makanan ni semua ...


Nasi lemak (ehsan dari aunty Goo)


Roti canai (ehsan dari aunty goo)

Tapi apakan la daya, gue terpaksa la menahan nafsu untuk makan, makanan yang best2 ni.Sabar ya tekak, beberapa ketika jer lagi ni,tak hilang nya makan makanan tu kat malaysia.Ok la, malas nak bebel panjang2,nak mula keje dah, sebelum tu nak g beli sarapan pagi jap.Kita jumpa di lain N3 ya...bubbbbyeeee..As salam.

Thursday, January 5, 2012

Malas musuh aku # 1

Assalammualaikum

Tau apa tu malas.Malas sifat yang paling besar dan sering menguasai dalam kehidupan kita seharian.So sekarang gue ini tengah malas,malas gila nak buat keje yang melambak lambak ni, dah melambak macam ikan masin kat pasar dah ni., macam mana la nak mengatasi sifat malas ni, ker aku sorang jer yang malas ni, korang malaaaasss tak??

Lagi aku selesa dengan sesuatu situasi tu, lagi la aku malas, sampai kekadang nak bangun dari tempat duduk pun malas, mana tak gemuk nya.haihhh tu la penangan dari sifat malas ni.So aku ada gak try atasi cara malas ni denagn kemas rumah.Biasa aku vakum rumah seminggu sekali jer, la ni aku try dalam seminggu tu 2@3 kali, malas memang malas, tapi aku buat jugak, kalau tak macam mana nak keluar dari sifat malas tu,dah selesa dengan cara lama.

Malas masak lagi satu sikap aku yang arghhh ...macam mana nak terangkan, mungkin penghuni kat rumah tak ramai, tapi aku gagahkan jugak la diri ni masak ya.(kesian kat Mr AA..asik makan kat kedai luar jer). Tapi tu kekadang jer la masak ya..seminggu sekali jer kot, hujung minggu jer, waktu cuti.itupun kalau masak la.Bila dah selesa dengan sikap malas , so semua pun jadi malas la.Memang la ko musuh aku si pemalas..Jadi kene lebih kan setiap perkara yang kita lakukan, untuk mengatasi masalah malas.


So...keputusan nya , sebenar nya pada diri kita, kene la keluar dari zon selesa tu,baru la kita dapat mengatasi sedikit2 sifat malas tu..ok laaa...aku dah MALAS dah nak taip ...daaaa....as salam

Wednesday, January 4, 2012

Wordless Wednesday # 1

Menung yang sangat jauh memikirkan masa hadapan..di tahun baru dengan azam yang baru, semua nak baru, kecuali Mr AA jer...tak nak tukar2..

Monday, January 2, 2012

Mamam2 di GARDEN

Assalammualaikum

Last 2 night, before tahun baru, sempat lagi aku pergi membina otot2 perut ni, agar lebih meriah di GARDEN, sempena penutup tahun 2011,tapi aku tak pergi celebrate pun masa tu, cuma pergi makan jer, isi perut sebab perut ni dah menangis minta di isi.Memandangkan pula sekarang ni, aku ni dalam proses mengecikkan tubuh badan yang dah terlalu kembang ni maka nya aku ni memilih la makanan yang jenis panggang2 jer.

Ok...makan kat GARDEN memang sangat best aku tell kat korang, sambil makan, di hidangkan juga dengan alunan muzik dari pemain piano yang memang ada,(minta lagu 1) . Makanan pun best2 wooo...yer la, kalau tempat grand gila, makanan tak grand ado orang nak datang lagi lepas tu, hahh..pikir sendiri la,harga pun sangat berpatutan, memang mampu la.Untuk aku, masa makan tu aku kena dalam RM 123.00 untuk 2 orang.


So jom layan tengok gambar, apakag menu pilihan aku malam tu.



Pilihan aku ada lah Grilled Australia Sirloin dengan minuman Lavender.Wahhh memang best sangat.Untuk Iced latte dan BBQ Beef Ribs tu Mr AA yang punya.


Makan sambil di hidangkan dengan alunan suara piona, memang sangat romantik ketika ini..hahaha...Thanx Mr AA.Suasana kat sini memang best, makanan pun best juga.

Lepas amik makanan berat, aku try pula desser dari GARDEN ni.so pilihan aku masa ni , jeng...jeng..jeng..


Naa....aku amik British Delight Cake dan Mr AA Caramel Banana Cake.Sedaaapppp.....

So kalau korang nak harga yang lagi detail, korang boleh la cek dekat sini ekkk... resepi seantero
Ok la korang...makan makan jugak, kesihatan jangan di abaikan , sila cek tahap kolestrol anda ya.
Sekian...terima kasih sudi baca.As salam.

Selamat Tahun Baru 2012

Assalammualaikum


Tahun baru 2012 bermula, begitu juga dengan kemunculan blog saya, baru dalam tahun 2012,entry pertama dalam 2012.Di kesempatan ini , saya nak mengucapkan selamat tahun baru,kompem ada azam baru, baju baru, semua nak baru kan...


hahaha...tapi yang lama dah tercapai ker??kalau yang lama belum tercapai, macam mana nak capai azam yang baru ni ya...jeng..jeng..jeng...setiap tahun azam mesti sama jer dalam list kan???tapi agak2 nya ada tak azam yang tercapai dalam senarai setiap tahun tu..hahah...kalau aku agak nya, dalam list tu la 10 kot azam setiap tahun...tapi agak nya satu pun tak ada lagi kot yang tercapai...kahkahkah...ye ke?aku pun tak ingat...apa pun azam korang, semoga semua nya tercapai , apa yang di idam kan, tercapai juga, sapa yang simpan azam nak kawen tahun ni, dah boleh la simpan dan rancang dari sekarang...(macam pakar runding perkahwinan plak)ehhh...tapi kalau ada sesapa nak minta idea leh gak...heheh..


Ok la u olllssss....sebelum merapu panjang lebar, ssampai sini sajala...As salam

SELAMAT TAHUN BARU 2012