yang gitu2 aja

Tuesday, February 28, 2012

Agama : 30 Larangan Untuk Kaum Hawa

Assalammualaikum

Buat tatapan kita kaum Hawa, semoga ada yang melekat di hati kita, untuk kita renungkan bersama.InsyaALLAH hendak nya.

30 Larangan bagi Wanita 

1. Menyambung rambut palsu
2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi
3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi
4. Memperlihatkan perhiasan didepan lelaki lain
5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama
6. Membuka rahsia hubungan suami isteri
7. Berpuasa sunat tanpa izin suami
8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami
9. Derhaka kepada suami
10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas
11. Mengingkari kebaikan suami
12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram
13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya
14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram
15. Menyerupai lelaki
16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami
17. Memandang aurat wanita lain
18. Keluar rumah tanpa ada keperluan
19. Masuk permandian awam
20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah
21. Meratapi kematian
22. Berhias atas meninggalnya seseorang
23. Menghantar jenazah
24. Mempercayai dukun dan peramal
25. Menyumpah anak-anak sendiri
26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim
27. Menganiaya pembantu
28. Mengganggu jiran
29. Minta cerai kerana suami sakit
30. Minta cerai kerana suami menikah lagi



p/s : terima kasih sudi membaca ya^^,

Tips : Menghilangkan Bau Kaki

Assalammualaikum


Hai u ollsss...apa khabar, elehhh..macam la ada orang baca blog ni kan, sampai nak tanya khabar orang lain pulek..(ehhh mana tau ada orang baca pulek).Ok la, tak kisah la ada baca ker, tak ada baca ker, apa2pun tak kisah ya, kalau ada yang terbaca tu terima kasih ya..So sebelum ayong ni merepek apa ntah , jom la tinjaua apa cerita kali ini yang ayong nak kongsikan.


Apa yang ayong nak kongsikan ni pasti ada  kaitan dengan keadaan sekelilling kita ya.Kebiasaan kita sering kali di kaitkan dengan bau badan , bau mulut, bau baju hapak la, jadi macam mana pulak dengan bau kaki anda.hahah..apa la kan pagi2 dah cerita pasal bau kaki pulekk...kikiki..
Gila kentang ya sesiapa yang ada mempunyai masalah bau kaki ni, lagi mual dari bau badan ya dik non.Semua gila boleh tergolek, terjuling bijih mata kalau terhidu bau kaki ni, so mana2 yang ada masalah bau kaki ni, tolong la amik berat sikit, bukan untuk diri sendiri jer, tapi untuk orang sekeliling jugak...prihatin la sikit.So ada la sikit petua yang ayong nak kongsikan.Jom nengok..


1) Pertama sekali ya dan paling penting juga sebenarnya : Pilih la kasut yang bersesuaian, kalau dah tau kaki tu memang ada masalah bau, jadi jangan la beli kasut yang murah, cari la yang mahal sikit, kulit yang bagus, material yang boleh menyerap peluh kaki tu, (tapi ada orang kalau kasut murah pun kaki tak berbau, so bergantung ya)


2) Kerap la potong kaki  kuku kaki tu , jangan la biar panjang sampai dah naik hitam tepi2 nya tu, dah berkerak dah nampak, mana tak berbau nya.


3) Pilih stokin yang boleh menyerap peluh, material yang bagus, cuci selalu stokin tu, jangan la seminggu sekali baru nak cuci, dah la terperap berjam jam dalam kasut, tak cuci pula, mana tak berbau nya kaki tu, tu yang bila buka kasut tu, perghhh semerbak menusuk kalbu.Kalau suka pakai kasut yang tertutup pakai la stokin, sebab kaki mudah berpeluh ya.


4) Bila pergi kerja kan pakai kasut , sampai ofis buka la , pakai selipar, bagi kaki tu bernafas sikit, tak ada la kaki tu terperap jer 8~10 jam, kaki pun nak releks gak.


5) Apa kata balik keje tu rendamkan kaki tu dengan air suam dicampurkan dengan hirisan limau nipis,gosokkan hirisan limau tu kat celah2 jari kaki tu,kalau tak ada limau nipis sangat pun, rendamkan la kaki tu dengan air suam di campur dengan garam kasar. (tapi biasa ayong guna garam wangi untuk spa, gosok kat kaki, ada jual, satu paket RM 10 jer).Buat la seminggu dalam 4 kali, kalau buat sekali jer memang tak jadi pong.


6) Selalu buangkan sel2 kulit mati kat kaki tu, gosok tumit kaki tu,ada batu khas untuk gosok tumit kaki.


7) Gunakan krim khas / spray kaki, banyak dah sekarang jual kat pasaran (feet up spray).


8) Selalu la pergi buat pedicure, bukan mahal pun kan...


9) Pemakanan juga kene jaga ya, bukan untuk badan jer, untuk kaki juga kene titik berat kan.


p/s :Jadi ni la antara pertua2 yang dapat ayong kongsikan.Terima kasih sudi baca.Jangan marah ya  , kalau kaki anda berbau, hanya nak kongsikan jer, kalau tak percaya cuba buat, pasti hilang masalah tu.

Friday, February 24, 2012

Cakap cakap : Renungan Bersama

Assalammualaikum


Cakap cakap hari ini mengenai kisah mendidik anak dengan cara yang lebih berkesan.Renung2kan la bersama.




1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Thursday, February 23, 2012

Info : Nak Beli Rumah???

Assalammualaikum


Memandangkan semua orang sekarang sibuk nak mengumpul harta dunia (harta untuk akhirat jangan lupa juga ya, seimbangkan ia), so kalau ada yang nak cari rumah tu , boleha la lihat kat Projek Ini.


Rumah yang agak menarik , tertarik, ko memang daboom.


Projek Dari Mahumas sekarang



228 Kondominium Selayang


Taman Desamas Aveda (171 Unit)

p/s : MAHUMAS, jangan marah saya copy paste gambar dari laman web ya, cuma nak kongsi dengan kawan2 sahaja, sekarang ramai yang tengah cari rumah..

Tuesday, February 21, 2012

Cakap cakap : Tak Perlu Berlebih Lebihan

Assalammualaikum


Mari lihat Vidoe di bawah, semoga menjadi sedikit pengajaran buat diri INI, dan kalian juga.ZUHUD itu lebih baik.


Info : Latif Ibrahim Meninggal Dunia

Assalammualaikum


Semalam Malaysia di gemparkan dengan pemergian penyanyi/pelakon Abdul Latif Ibrahim 62, atau lebih di kenali sebagai Latif Ibrahim.Arwah menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) akibat komplikasi  penyakit termasuk Penyakit Jantung.


Allahyarham yang turut menghidap kencing manis dan paru paru di masukkan ke IJN pada Sabtu lalu.


Semoga Allahyarham di tempat kan di kalangan orang orang yang beriman.


AL-Fathihah


Al-Fathihah..Moga rohnya di cucuri rahmat

Agama : 7 Jenis Wajah Mayat di Dalam Kubur

Assalammualaikum


Bersyukur kita masih di panjangkan umur, dapat lagi menghirup udara segar di pagi selasa ini.Terima kasih YA ALLAH, atas kurniaan mu yang tidak terhingga, aku bersyukur kepada mu YA ALLAH..bersyukur YA ALLAH.Sentiasa la kita mengingati tentang kebaikan di antara satu sama lain.Oleh itu ingin saya kongsi kan perkara di bawah ini buat sesiapa yang ada membaca blog saya ini.Mari kita lihat perkongsian kali ini, di mana ada 7 jenis wajah mayat di dalam kubur , dan di antara nya ..




1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat. Lalai dalam solatnya.

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibubapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

AMAL MA'RUF NAHI MUNGKAR!



terima kasih sudi baca


p/s : Marilah sama sama kita melakukan amal kebaikan

Monday, February 20, 2012

Resepi : Udang Masak Lemak

Assalammualaikum


Setelah penat bekerja seharian,balik rumah menikmati hidangan yang sangat melazatkan , menghilangkan segala keluh resah,penat lelah yang ada .
Hehehe...mari lah kita kongsi resepi ya..Jangan terliur pulak ya..Nyum3...


Bahan bahan :

1) 1 kilo udang (buang kulit / bersihkan dan toskan)
2) Kacang buncis secukupnya (potong2)
3) 1 kotak santan (saya guna santan KARA)malas nak perah2 kelapa
4) Cili padi (ikut pedas mana yang di sukai)*
5) 1cm kunyit hidup*
6) Air (ikut 1 kotak KARA tu la)
7) Garam secukup rasa
8) Asam keping

Bahan2 yang bertanda * hendak lah di tumbuk atau di kisar

Dan mari kita lihat cara caranya yang sangat mudah 

1) Masukkan santan dan bahan yang di kisar tadi ke dalam periuk,kacau sebati sehingga sedikit mendidih
2) Apabila santan dah mendidih masukkan pula udang yang sudah di bersihkan tadi
3) Kemudian kalau terlalu pekat sangat kuah nya tu, masukkan sedikit air tadi
4) Masukkan pula kacang buncis tadi
5) Akhir sekali perasakan dengan garam & masukkan asam keping tadi(kalau nak letak serai pun boleh), kacau sebentar
6) Siap..sedia untuk dihidangkan

Selamat Mencuba...nyum3....

cakap cakap : Hikmah Sujud

Assalammualaikum


Cakap cakap pagi ni, mengenai hikmah SUJUD.Adakah sering kali kita SUJUD, kalau sujud saja-saja mana mungkin ada orang yang nak sujud saja-saja kan?.Jadi bila masa kita menunaikan Solat 5 waktu tu la, waktu kita sujud, dan juga waktu kita paling hampir dengan ALLAH s.w.t.Mari lika lihat apakah hikmah Sujud yang lain nya.Besar ganjaran nya Sujud kepada pencipta kita.


MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud.
 
 
Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.
 

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t.dan menjauhi larangannya.
 
Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t . dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

 
Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:


~ Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
~ Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

~ Melegakan sakit hernia. (burut)
~ Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
~ Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
~ Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.



~ Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.meringankan bahagian pelvis.Memberi dorongan supaya mudah tidur.Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.Pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.mengurangkan kegemukan.pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke ! tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions) .


Organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya..
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak,takbur dan sebagainya.
Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain,menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.


Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.


p/s : Oleh itu marilah kita sujud, kerana banyak manfaat yang kita perolehi dengan bersujud, Bukan pahala sahaja, malah kesihatan juga.

Sunday, February 19, 2012

Resepi : Puding Strawberi

Assalammualaikum


Memandangkan hari ni hujung minggu, so tak ada apa keje nak buat kat rumah, walaupun malas, tetapi memandangkan barang barang yang ada kat rumah tu dah lama di beli,tapi duk kat situ tak bergerak gerak, jadi rajin kan la diri bangun buat pencuci mulut ni ha...
Hahaha...Hasil nya..ini la rupanya...jangan ketawa ya, walaupun gambar nya hodoh, tak bermakna tak sedap ya..


Puding Strawbery Kismis

Cara caranya :

1) Didihkan air sebanyak 1500ml
2) Masukkan serbuk agar agar dan kacau sehingga sebati
3) Kemudian masukkan pula 1/2 tin susu cair dan kacau lagi sehingg mendidih seketika
4) Setelah itu tapis adunan tadi ke dalam bekas, taburkan kismis /masukkan juga buah buahan tin yang di gemari.
5) Sejukkan , dan setelah mengeras potong dan sedia untuk dihidangkan.

*Selamat Mencuba*

Info : 10 Fakta Menarik Tentang Kelahiran

Assalammualaikum


Mari kongsi bersama beberapa fakta menarik tentang kelahiran.



1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya
 lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk 
menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin 

disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. 

Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran 
keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa

 bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan
 serentak. 

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa. 

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.



p/s : Besar sungguh ganjaran bagi ibu yang melahirkan anak mereka, tetapi kenapa selepas itu perlu membuang anak itu, setelah sakit yang dilalui, kerana melahirkan itu banyak ganjaran nya.

Cakap cakap : Ustaz vs Liberal Gurl

Liberal Gurlz :
“Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”


Ustaz :
“Ok silakan……what you want to know…”


Liberal Gurlz :
“Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?


Ustaz :
“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!


Liberal Gurlz :
“No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai perempuan yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..”


Ustaz :
“Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina”


Liberal gurlz :
“Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”
“Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”


Ustaz :
“Hai….macam perli saya aje ni….?”


Liberal Gurlz :
“Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”


Ustaz :
“Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan mereka”


Liberal Gurlz :
“Habis tu ustaz…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”


Ustaz :
"Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….

“Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?”Hilangnya sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”


Liberal Gurlz :
“Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”


Ustaz :
“Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah”

“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”


Liberal Gurlz :
“Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?”


Ustaz :
“Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!....menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”
“Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”


Liberal Gurlz :
“Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?”


Ustaz :
“Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.”

“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”


Liberal Gurlz :
“Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”


Ustaz :
“Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”
“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”

“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya”


Liberal Gurlz :
“Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis saya nanti…..”


Ustaz :
“Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”


Liberal Gurlz :
“Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..”


Ustaz :
“Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!”



p/s : Marilah lah kita sama sama menutup aurat..

Friday, February 17, 2012

Cakap cakap : Renungan Kita Bersama

Assalammualaikum


Berkongsi ilmu bermanfaat tak salah, ada orang suka membaca perkara begini, ada orang meluat baca cerita begini,walaupun artikel2 dalam blog ini banyak saya dapat semoga gembira melayan apa yang saya lampirkan, dan dapat di jadikan panduan.


Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, "Setiap anak Adam akan dijaga
oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari
yang sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka
malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah
kanan katanya, "Apakah yang harus aku catit?"
 
  
Kata malaikat di sebelah kanan, "Jangan kamu catit dahulu dosanya
sehingga ia melakukan 5 kesalahan. Malaikat yang di kiri bertanya
lagi,"Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku
catitkan?"
 
  
Jawab malaikat kanan, "Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana
kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan
mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu
sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi."
 
  
Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata,"Kalau macam ini
sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam."
 
  
Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah
tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan
keseronokkan serta kemewahan dunia. 

Tips: Petua Jika Awekss2 anda Merajuk (untuk lelaki sahaja)

Assalammualaikum


N3 ini adalah tips untuk lelaki.Biasa nya lelaki selalu menghadapi masalah bersama dengan teman wanita @ pun isteri sendiri.Mana tak nya, perempuan ni kan lumrah mereka suka merajuk.Sikit sikit nak merajuk, marah sikit merajuk, cakap salah sikit tarik muka,muncung panjang (ehhh macam hakak jer,haha).Apa2 semua nak merajuk la.Lelaki pulak memang ada yang tak pandai nak memujuk.Jadi mana yang tak tahu cara nak pujuk tu, jangan risau, jangan gundah, saya ada cara2 nya , hehehe..layan kan jer la ya..




1. Bila awek @ Isteri  mula mengamok baling² barang

Petua yang mesti diamalkan:
korang cuba sambot ape yg dorang baling tu. inilah masanyer korang nak tunjuk kepantasan korang menjadi goal keeper.

2. Bila awek @ isteri korang mule menjerit tak pasal² menengking, membebel tanpa henti

Petua yang mesti diamalkan:
korang menyanyilah sekuat hati dengan penuh perasaan mengikut melodi sebenar penyanyi asal. inilah masanyer korang nak tunjuk yg suara korang best giler!

3. Bila awek korang tenung korang macam nak telan (garang arh konon!)

Petua yang mesti diamalkan:
korang senyum jek pandang awek korang tuh! inilah masenyer korang tunjuk betapa comelnyer muka korang ketika senyum!

4. Bila awek @ isteri korang ambik semua barang² dia bungkus ala² nak lari rumah

Petua yang mesti diamalkan:
korang tolong kemaskan barang² dia. ambik semua barang² dia masukkan dalam plastik sampah kaler itam tuh. inilah masanya korang nak tunjuk betapa rajinnya korang, ringan tulang dan suka membantu.

5. Bila awek @ isteri korang menangis akibat terlalu marah dan sakit hati hingga mengalirkan airmata

Petua yang mesti diamalkan:
korang ketawalah berdekah² hingga terguling². inilah masanya korang nak buktikan bahawa korang berusaha buat awek @ isteri korang gembira ketika dia sedang berduka, sedih dan terluka! hehehe…

Sekiranya korang berjaya mengamalkannya:


memang kOrang terar la...



Hahaha...terima kasih la sudi baca ya ^^,(jangan lupa follow ya..)

Tips : 2 Cara Menguruskan Badan #1

Assalammualaikum


Fenomena yang melanda sekarang terlalu drastik ke atas remaja, anak dara, bini orang macam saya ni, dan sesiapa sahaja la  yang mengalami masalah berat badan.Ada yang sanggup berhabis wang ringgit beratus ratus , beribu ribu hanya semata mata untuk mendapatkan berat dan bentuk badan yang di ingini.
Jadi dengan itu saya ingin melampirkan 2 cara yang berkesan untuk anda mendapatkan berat badan yang ideal.


Contoh2 nya adalah..
Kita ikut jejak langkah seorang lelaki ini ya, jadikan ceritanya sebagai pendorong untuk anda mendapatkan berat badan yang ideal ...Layaannnn...


Seorang mamat yang gemuk masuk ke fitness center untuk menguruskan badan. Seorang lelaki di kaunter memberitahu mamat tadi, "Kami menawarkan 2 program disini. RM50 untuk versi 'biasa' dan RM100 utk versi 'cepat'."

mamat tu pon berkata, "saya ingat yang biasa lah sebeb saya ni baru nak try kuruskan badan."

" ok, encik sila masuk ke bilik no.5 di penjuru bilik sana," jawab penjaga kaunter.

mamat tadi pon masuk la ke bilik itu dan menutupnya. selang 2 minit kemudian, seorang wanita cantik, lawa, body best, mantap masuk ke dalam bilik itu. dia kemudian menanggalkan pakaiannya sehingga menyebabkan mamat tu tak senang duduk,berpeluh.
perempuan tadi berkata, "kalu tuan dapat tangkap saya, tuan boleh buat apa saja dgn saya... hikhikhikk" dan dia terus berlari dalam bilik itu. mamat tadi pun kejar la.. kejar punya kejar sampai 10 minit pon tak dapat lagi. tapi mamat tu kejar lagi sampai terjatuh terjelepok lalu pengsan.

apabila dia sedar, dia bangun dan terus ke penimbang dan mendapati beratnya dah turun 3 kg. " wow.. mmg senang nak turun berat badan,.. memang berbaloi aku bayar RM50 tadi" katanya seorang diri.

keesokkan harinya dia datang semula ke tempat tersebut. dia ditegur oleh pemuda di kaunter. setelah diberi penerangan seperti semalam.. mamat tadi memilih untuk mencuba versi 'cepat' pula.

"baiklah, encik masuk bilik no. 6 di situ ya..."kata penjaga kaunter.

setelah beberapa minit didalam bilik itu, datanglah seorang body builder yang badannya tough dan terus melondehkan pakainnya. body builder itu berkata "saya akan kejar kamu dalam bilik ini, dan kalu saya dapat ... ... hehhehheee".



p/s : hahahaha...jangan marah ya, ini hanya la untuk menghilangkan kebosanan sahaja.


Terima kasih sudi membca blog saya ^^, ..jangan lupa follow ya..

Cakap cakap : Lelaki Ensem Vs Lelaki X Ensem

Assalammualaikum


Rata-rata nya sekarang  semua anak gadis ingin mencari yang hensem jer, sebab kata nya yang tak ensem tu kurang sedikit kelebihan nya..Adakah benar ??tak ada la, tak semua yang tak hensem tu tak bagus, dan tak semestinya yang hensem tu bagus sangat.Korang kenal korang nilai sendiri apa pandangan korang terhadap pasangan korang.So sebelum tu laya dulu N3 saya kali ni.Layannnn...


Kalau lelaki handsome pendiam 
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler... 
kalau lelaki tak handsome pendiam 
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus..

kalau lelaki handsome berbuat jahat 
Perempuan akan kata: nobody's perfect 
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat 
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah! 


kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu 
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem! 
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu 
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia... 


kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik 
perempuan akan kata: sepadan sangat... 
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik 
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh! 


kalau lelaki handsome ditinggal kekasih 
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada.. 
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih 
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya 
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)... . 


kalau lelaki handsome penyayang binatang 
perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang 
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang 
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi.. . 


kalau lelaki handsome bawa BMW 
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam 
kalau lelaki tak handsome bawa BMW 
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?... 


kalau lelaki handsome tak mau bergambar 
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar 
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar 
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?... 

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan 
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen 
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan 
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu.... 

kalau lelaki handsome bersedih hati 
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on 
kalau lelaki tak handsome bersedih hati 
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?


p/s : tepuk dada , pikir2 kan la

Thursday, February 16, 2012

Info : 40 Kes Lelaki Tidak Layak Jadi SUAMI??

Assalammualaikum


Ada beberapa perkara yang saya lihat memang sering kali ada berlaku dalam kehidupan alam perkahwinan, tak kira la, baru @ yang dah lama berkahwin.So kat sini saya tepekkan beberapa kes Lelaki Itu tidak layak menjadi suami yang sebenar.Hanya suami sekadar pada status "SUAMI".tapi adakah suami laksanakan tanggung jawab nya dengan sebaik mungkin.Renung2kan lah..Tiada yang lebih penting selain dari mencari keredhaan ALLAH s.w.t.


40 Kes Lelaki tidak layak jadi SUAMI???


1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama 

2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian. 

3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah . Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.

4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya.Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri "benih" sahaja.

5. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga. 

6. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.

7. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami mahu seks tiap2 malam dan suka liwat saya. 

9. Suami tetap 'mahu' walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.

10. Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar. 

11. Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan. Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama jenis.

12. Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila asyik bercinta dengan "maknyah". 

13. Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar dalam saya... Rupa2nya dahulu dia "maknyah" dan berkahwin dengan saya kerana menuruti kehendak emaknya.

14. Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu. 

15. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya. Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.

16. Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa dia suruh saya masak macam biasa. Anak2 keliru melihat gelagat bapa mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk "contoh" lain.

17. Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanjaa untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3 tahun dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh.. 

18. Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x seminggu dan rumah tidak boleh bersepah... walaupun saya sedang sarat mengandung..

19. Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami jemput, kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak. 
20. Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan anak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan kereta kesayangannya.

21. Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau suami sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad. Terpaksalah saya menyara anak2. 
22. Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata 'takde duit'. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan saja gelagat. Nak tengok sampai setakat mana 'lemaknya'.

23. Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka 1-10,letak di dalam mangkuk buat cabutan. lepas tu kalau ada nombor yg mengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi. 

24. Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari bomoh, lepas itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak pergi 'bersangkak' .

25. Sewaktu bercinta mmg saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya digadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa ~ pernah rumah kami dibaling tahi. 

26. Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri lain dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah suka kahwin cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak menganggu hidupnya. 

27. 3-4 bulan suami 'hilang' itu perkara biasa. Kadang2 sampai setahun. Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti. Biasanya, dia kena 'serkup' waktu tengah tarik ganja dengan kawan2.

28. Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang dah ada tanda2 HIV. 

29. Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi, saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling barang2 rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.

30. Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil. Mula2 cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2 ribu. Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya sara anak sementara dia di dalam penjara. 

31. Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan. Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik negeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah. 

32. Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang kerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja kilang nak sara anak2.

33. Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kan kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati saya selama ini? 

34. Kami memang miskin. Saya buat macam2 benda untuk tambah pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang, upah sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi "jaga".. siang dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi. 

35. Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab. Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat "gigitan cinta" perempuan lain di badannya. 

36. Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja besar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi selepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang. Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya dia mati seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urus abang saya dan pihak hospital. 

37. Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat, suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macam orang muda... sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah sorang diri terkial-kial menguruskan anak. 
38. Walaupun sudah lama masuk Islam... mandi hadas? Saya masuk Islam kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan. Dia sendiri pun tak pernah buat. 

39. Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil, dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan silap haribulan berendam airmata... 

40.. Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah. Dahulu 'isteri' sekarang 'pengurus anak-anak'. Hubungan dengan suami amat dingin. Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang 'terhegeh-hegeh' . Saya pelik benar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain. 



p/s : Berdoa dan memohon la petunjuk dan hidayah dari ALLAH, sesungguh nya ALLAH maha berkuasa akan segala sesuatu hal.


Terima kasih sudi membaca ;)